Kalau ke Langkawi tak sah le kalau tak shopping kan. Coklat la, pinggan mangkuk la ---> dah sinonim sangat dengan Langkawi. Lagi satu kalau berjalan tak bershopping pun cam tak complete lak kan?
Hari pertama sampai aku dah pi shopping kat pekan Kuah. Geng2 konvoi lain semua memerap dalam bilik. Agaknya letih sebab seharian penuh dengan aktiviti menunggu di jeti KK kot. Yang keluar merendek malam tu hanya family aku & family jiran aku [dia folo ikut konvoi tu juga].
Lagipun rugi la kan buang masa [setelah buang masa yang banyak sebelum sampai Langkawi]. At least kalau dah pi malam tu, esok2nya tak payah la pegi lagi. Boleh gi shopping tempat lain pulak. Tempat memula pegi malam tu Haji Ismail Group (HIG) kat pekan Kuah. Bangunan HIG yang paling besar kat Kuah, end lot & kaler hijau.
-ni gambo waktu malam-- ni gambo waktu siang -
Kalau korang jejak kaki je kat Langkawi ni merata2 korang akan jumpa HIG punya kedai kat pekan Kuah. Kat jeti tu pun ade tapi yang paling besaqnya yang kat tempat aku pegi ni la. Kat tempat yang sama ni pun ade lagi 2-3 kedai cawangan HIG. Mana2 korang pegi cawangan HIG harga sama jer. So tak yah susah2 nak pi sana, pi sini. Tapi kalau tak sempat gi yang kat tengah pekan ni, boleh je last minute shopping kat HIG kat jeti tu before balik naik feri.
Orang punya la ramai kat sana. Tapi dah alang2 sampai, kitaorang pun menyempit la sekali. Tempat agak pack so kalau bawak anak2 berjalan kat area pinggan mangkuk tu cukup seriau. Dibuatnya terlanggar ke, terpecah ke... mampos nak bayo tu. Last2 cepat2 blah dari situ, pegi kat bahagian yang jual coklat.
Kat HIG ni aku banyak shopping coklat je. Murah2 & bermacam aneka. Aku dah tak nak beli coklat yang murah sangat sebab memang TAK SEDAP. Beli la jenama yang biasa2 dengar. Kalau jumpa yang dalam kotak 5 bar RM10 ke, baik takyah beli.. Yang paling besar bezanya dengan kat KL apa lagi kalau bukan FERERO ROCHER... Yang lain2 tu cam lebih kurang je harganya..
Lepas shopping kat HIG [satu tempat tu je pun yang kami pegi malam tu], kami pi makan kat belakang kedai HIG ni. Ade macam satu warung makan. Makanannya agak so-so la. Jadi la buat lapik2 perut.
** Tingin nak beli beg pramugari [beg roda tu la] tu tapi nak gi servey kat Idaman Suri la pulak.
3 comments:
beg tarik murah ooo.. sy sambar 1 yang besar rm 30 jek kt HIG..huhu
Memang murah pun.. rugi aku tak beli..
lagi satu cuklat sedap kat langkawi..
DAIM..
heheh
faveret nieyh
Post a Comment