Lepas ke Oriental Village, kamiorang bergegas ke Jeti Kuah untuk nai feri last pukul 7 mlm. Dah le kitaorang bertolak lambat dari OV so memang semua driver speeding giler. Semua lampu merah kitaorang main redah je la. Sib baik takde polisi yang kejar. Hahaha... Ya ampun!!! Itu la kalau dah lambat.
Masa dah nak sampai ke tempat parking tu pulak ade sebijik kereta dah habis minyak. Sib baik la ade lagi kereta geng konvoi kat belakang. Hangkut la depa anak2 beranak masuk kereta belakang pastu terus ke jeti. Kereta yang dah habis minyak tu tinggal je kat tepi jalan. Time masa tu dah pukul 6.55 dah. Berkejaran la kitaorang nak ke tempat menunggu feri nun.
Masing2 punya badan usah cerita la... Berpeluh giler. Muka pun dah berminyak2. Ye la kan, mandi pagi tadi je.. Masa nak check out dari chalet tadi pun mana ade mandi. Badan aku pun dah rasa pangkuang giler... [Tetiba terbayangkan cik Besah, cemana la dia boleh tak mandi sehari suntuk???] --> buat yang tak tahu, MIL aku ni ade penyakit malas mandi tau. Dia mandi sekali sehari je, itupun time maghrib. [Citer pasal tak mandi Cik Besah ni lain tahun aku cerita yer..]
Dah sampai kat jeti tu nak cek kastam lagi. Sib baik sekarang dah tak cek manual cam dulu. Dah buat cam kat airport tu [masuk mesin x-ray]. Kalau dulu setiap beg dia nak selongkar tengok ape benda ada dalam tu. Dah le tu tiket feri masa datang @ resit hotel semua ada pada biras aku [dia pulak orang yang last masuk] so berkejaran la sorang member ni nakkan resit tu [kan kastam tu nak tengok]. Lepas selesai semuanya bergerak masuk kat tempat menunggu. Rupanya bot tak sampai lagi.. Sempat la kami ni melepaskan lelah kejap. Dalam duk menunggu tu sempat lagi depa caj henpon... mentang2 ade plug free kat situ, siap bersila dema mengecas tepon secara berjemaah.
Konco2 dah sedia menunggu di pintu keluar. Satu family satu troli tu.. bayangkan berapa banyak depa borong.. [Aku tak pakai troli pun]
.
Ini antara longgokan barang2 aku & cik besah. Ade lagi tapi tak longgok satu tempat.
Muka poyo laki bini yang dah kepenatan & badan berlengas2
Si gemuk ni anak buah aku... Steady brader!!
Adib ni abis hati la kalau dapat main. Dah tak heran langsung kat mak pak dia.. Si Yaya pun sama jugak. Tah mana ceruk dia pi main.
Cubaan meniup belon yang tak berjaya.. Mana belonnya dik??
Feri kitaorang bertolak dari Langkawi pukul 7.40. Kali ni naik feri yang agak kecik so bila kena ombak asyik melambung je. Sampai aku rasa mabuk jugak la. Dah le tak selesa.. [aku rasa aku ni dah busuk giler dengan bau peluh..huhuhuhu]. Ramai yang ambik kesempatan untuk tidur sepanjang perjalanan. Kalau ikutkan aku tak hingin nak tidur pun tapi sebab aku rasa pening, aku terlelap la jugak kejap. Kitaorang sampai Kuala Kedah pukul 9 malam.
Lepas ambil kereta, hangkut anak2 masuk kereta [si Adib dah lelap dah dari dalam feri lagi], pastu yang kaum2 adam semuanya bersembang lebih kurang & kitaorang bertolak dari KK dalam kul 10. Ting tong ting tong, berenti kat Gurun, Sg Perak & Ulu Bernam, akhirnya aku sampai Batang Kali pukul 8 pagi... Maunya tak lembik badan dibuatnya... Laki aku lagi kesian sebab driving sepanjang malam. Aku kat belakang buat taik mata..heheheh
Itu la cerita aku sepanjang pegi & balik Langkawi. Agak tak memuaskan hati [aku kan susah nak puas hati...] & kesimpulannya memang aku akan pergi lagi Langkawi! Next time naik flight tau bang! Tak koser nak naik kereta. Nak konvoi lagi la tak rela!
** Pas ni katanya Cik Besah nak jalan ke Kelantan/Terengganu lak. Siap ajak kitaorang konvoi lagi. Konvoi lagi???? Nehi! Nehi! Nehi!.... Tobat aku tak mau dah!
4 comments:
hohohoh...baca pun mengah... kuikuikui...isk kalau saya lak pantang org ajak gi jalan, ai layyan aja
naik flight kalu... 3 hari 2 mlm sudah cukup.. sbb naik flight kejap sajaaa
Pija,
Berjalan tu memang seronok tapi penat dalam perjalanan tu yang tak snggup wei..
Kerul,
Dah cakap dengan hasben dah, len kali nak naik flight jer! No more konvoi2 nih!
Post a Comment