Sesape yang buat bisnes online, korang pernah tak dapat kastemer yang psycho ala2 Norman Bates dalam citer PHYSHO tu?? Eh tapi bukan la physho yang bunuh2 orang tu cam si Norman tu.. [ape kene mengena??]
Cam ni ceritanya, ade la satu hari tu sorang "anon" ni sms aku. Masa tu aku dah le sebok dengan hal ehwal korban [hari raya haji baru ni la]. Aku tak jawab pun sms dia. Pastu dia call [bukan call tapi miss call]. Korang tau la kan beza call dengan miss call. Dah le aku tak kenal ko ko suh aku call balik ke?? Sori la beb!
Kalau ikut logik, just sms la pebenda yang ko nak oder tu kan. So aku akan take note. Ataupun kalau ade persoalan pun just sms je. Tapi si anon yang tah jantan ke betina tu keep miss call aku. Sepanjang hari raya tu korang tau berapa kali dia miss call aku??? 37 kali!!!!!! Gile ke hapa kan?? [Lagipun aku nak call dah takde kredit, kalau takat sms tu boleh la kot!]
Selalunya, kalau orang tak jawab call tu ko understood la yang orang tu tak nak layan ko time tu. Tapi dia kena angin meroyan mana tah. Esoknya [khamis], time aku baru bangun nak siap2 gi keje [dalam kul 5.00pg] dia miss call aku lagi.. 2 kali lak tu. Ape ke jadahnya kastemer nak oder barang time2 camtu kan?? Paham la sikit time2 yang sesuai @ tak sesuai kan?? Aku buat dek je. Siap hasben aku tanya lagi. Terpaksa la citer ngan laki aku. Kang tak pasal dia kata aku ade kekasih gelap lak kang!
Bila dah keluar rumah, lebih kurang kul 6.30 camtu, dia takde miss call pun. Aku ingat dah habis la meroyan. Lagipun kalau ikut Jalan Sungai Tua tu mana ade coverage kan?? Sampai Selayang baru ade balik coverage. Aku tengok henpon, ade 5 miss call dari si anon tu. Dah sah2 kan si anon ni tak betul. Aku cakap pada hasben aku kalau dia call lagi, biar laki aku yang jawab. Marah dia sikit. Tapi pastu dia takde miss call lak.
Kat opis, kul 8.30pg sampai kul 5.30 ptg dia miss call je kerejanya. Sampaikan aku kena silentkan henpon aku. Tension tau tak. Semalam je dekat 20 kali miss call. Tak tahu la bodoh tahap vavi mana tah si anon tu. Pastu aku sms dia. Aku tanya dia siapa. Dia tak balas. Pastu aku sms lagi, kalau nak oder barang, sila email saja. Aku tak entertain guna phone. Pun dia tak balas. Aku rasa dia ni ade penyakit sawan miss call kot!
** Tapi miss call dia ni takleh lawan miss call dari hasben aku. Dalam 1 jam dia miss call aku 80 kali [time aku ade gaduh dengan dia la..hehehehe]
3 comments:
pernah....pernah..sambil angkat tangan tibggi2,,,
tapi biasanya miss called..nik akan call balik...
tapi yang psycho pun banyak kali..takut nook..hehehhe
sian u..hehe..nak buat camnekan..dah itu risikonya kalau hp no. didedahkan utk tujuan bisnes..harap si psycho tak kacau u lagi
tu la kakyong tak letak no tepon utk bsness online.. riso kes mcm ni la
Post a Comment