Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 26, 2010

Cium Mulut

Tajuk entry ini takde kena mengena dengan aktiviti malam tadi yer...
[mementang malam Jemaat, memasing pakat buat agenda bunuh setan yer..]

Malam tadi lepas Yaya balik dari rumah Cik Besah, macam biasa le dia kena buat laporan kat mama dia. Dia makan apa, bangun pukul berapa, main apa, mengaruk ke tidak, apa dia buat hari tu bla..bla..bla.. Everyday memang aku akan tanya dia aktiviti seharian dia di rumah Cik Besah.

Tapi semalam ade cerita baru yang dia cakap. Kata dia,
"Mama, siang tadi kan Syahir cium mulut Ya".


"Ha???? Bila?? Berapa kali?? Kat mana???" [dah bertubi2 soklan aku dah]

"Kat dalam kereta Kancil. Syahir ajak main cium2. Syahir cium 3 kali. Pastu yang last tu dia cakap lama la sikit" [nak cium lelama la tu]

OMG! OMG! OMG!

" Opah kat mana masa tu??, Ya buat pe kat kereta kancil tu?"

"Opah dalam rumah. Atuk suruh abang Heri [abang pd si Syahir] panaskan enjin kancil. Pastu hujan, opah suruh duduk dalam kereta je"

"Abang Heri ade ke tak masa tu?"

"Abang Heri ade, tapi dia tak nampak" [ni mesti si Heri duduk kat seat dreber pastu budak dua orang ni kat seat belakang & aku tak boleh imejin kalau si Heri pun join sekali... abih la anak aku!!!]

"Ya tak cakap dengan opah ke?"

"Tak pun"

Aduh... cemana ni.. bebudak ni dah pandai meniru aksi dalam tv.
Pastu aku pesan pada Yaya,
"kalau esok Syahir nak cium lagi cakap tak boleh. Jangan cium mulut sebab mulut banyak kuman. Nanti mulut Ya busuk! Mama & Abah pun tak pernah cium mulut!" [takkan la nak mengaku kan???]

"Tapi orang putih tu boleh jugak!"

"Orang yang cium mulut tu orang pengotor! Benda tak elok tak payah le buat tau tak. Orang Islam kan kena bersih." [aku terpaksa kuarkan statement tu]

Kalau korang di tempat aku apa korang nak buat???

** Pagi tadi masa hantar Yaya kat rumah Cik Besah, aku dah story pada Cik Besah & pesan pada dia tolong monitor la budak2 tu lebih sikit.

6 comments:

LyNn HaMzAh said...

aduh...memang la menakutkan mcm nie...

kakngah said...

glup!!~
terkedu ai.

itu pentingnya kita asuh anak2 mcm kengkwn. blh bercerita apa saja... bende2 mcm ni la yg paling ditakuti..

Aini said...

bahaya tul.. berapa umur budak syahir tu. kena bgtau parent dia jugak tu, tkt makin teruk nanti

SYANI said...

Aini,
Syahir dengan Yaya tu sebaya, baru 5 tahun

SYANI said...

Lynn & Kak Ngah,
Ini baru cium, aku dah ngelabah, kalau lebih dari cium... nauzubillah!

Queen said...

budak2 ni kadang pengaruh tv banyak sangat