Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 19, 2010

Cikgu Sekolah Aku

Lama benar tak bukak facebook so hari ni agak2 free so belek2 la fb. Tengok aktiviti member2 & aktiviti group SERATA (SPM 96). Wei... dah tak hapdet ker???Zalwa sila jawap okeh!

Pastu gi jengah jap website sekolah aku. Dah canggih sekarang yerk. Zaman aku dulu belum ade lagi internet bagai. Ade komputer pun dah mujur [belajar basic komputer pun pakai disket besar gedabak]. MR le member sekutu menaip kat bilik komputer tu..

Klik2 lebih kurang kat website sekolah, pastu tengok la link warga pendidik. Saje la nak usha cikgu2 yang mana ada lagi setia dengan sekolah tu. Makin ramai cikgu2 baru. Yang cikgu2 lama cuma ade beberapa kerat jer.. Teringat zaman2 menuntut ilmu kat sana. Macam2 kenangan suka duka. Diam tak diam dah 14 tahun aku tinggalkan SERATA.

Ni nak tayang muka2 cikgu sekolah yang pernah mengajar aku dulu.. [aku tak ikut kronologi pun.. random jer..]

Ni Cikgu Kontroversi No 15. Fobia tul kalau dia sebut no 15 masa kelas dia.
Actually dia mengajar BM. Nama dia Cikgu Nazri.  Dah beruban cikgu aku ni.

Ni pulak Cikgu Noriah. Mengajar Maths masa fom 3. Sebab dia mengajar la Maths aku dapat A masa PMR. 

Ni pulak Ustazah Fatimah. Guru Disiplin sekolah. Paling lama pegang title Cikgu Disiplin. Garang tau dia ni..


Ustaz feveret budak2 kelas aku. Ustaz Karim.. Mengajar Ulum Syariah. Kalau mengantuk kelas sebelum tu bolah jadi segar bila dia mengajar. Suka buat lawak. Ustaz ni walaupun tua still nampak hensem kan??

Ni pulak Ustazah Rotipah. Mengajar Bahasa Arab. Tapi dia mengajar kelas aku sekejap je.  


Dua jejaka ni pun mengajar aku masa aku form 2 & form 3.
Yang belah kiri tu Ustaz Tahir [ini la hasben UStazah Rotipah]. Ustaz ni ajo bahasa Arab. Tapi Ustaz ni mengajar sentimental sangat sampaikan aku selalu layu dalam kelas.

Yang belah kanan tu pulak Cikgu Sejarah aw..aw.. Cikgu Suhaimi. You still maintain la cikgu.


Dua cikgu fomfuan kat atas ni ialah Ustazah Amanah. [Yang belah kiri tu].Dia ade lesung pipit ala-ala Preity Zinta tau.  Dia mengajar Al-Quran & Sunnah. Boleh accept la apa yang dia ajar. Baik tapi tegas dia ni. Nampak lembut tapi suara dia kuat tau!

Yang belah kanan tu  pulak cikgu kesayangan bebudak 5R. Cikgu kelas aku---> Cikgu Saniah Dona. Memang sporting habis cikgu ni. Mengajar subjek English selain cikgu Mother Nature (Cikgu Zaleha). Aku suka sangat kalau time English. Tapi aku pernah curang dengan dia sebab waktu English aku pi buat Maths. Sampai kena marah ... Dah berubah cikgu ni.. dulu pakai tudung ala2 mak datin la ni dah tudung penuh. Alhamdulillah..

Sebab dia cikgu kelas kena la citer panjang sikit kan. Dia ni memang baju2 kurung dia semua lawa2 tau. Kalau dia lalu je kat kitaorang sure masing2 gatal tangan nak pegang fabrik baju dia tu. Dulu kan femes baju sutera.. Pastu dia ni ratu perfume. Kalau lalu je sebelah sure wangi semerbak.. hehehe

Last but not least... cikgu feveret makcik REHAN....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


 Ustaz yang comel ni [secomel MR] namanya Ustaz Shuib [betui ke spelling nama dia camni??]. Mengajar Bahasa Arab Tinggi. Perrrgh... kalau dia melawak, bergegar bilik kuliah [kitaorang jarang buat kelas dalam classroom tapi buat  kat bilik kuliah]. Mangsa2 keadaan & lawak jenaka dia tak lain tak bukan si MR la.. Berdekah2 kitaorang ketawa. MR, hang ingat tak lagi lawak berkemban tu???

Adoi.. penat tul menulis...Sesekali teringatkan cikgu2 ni teringat citer2 lawak aku & member2. Eh, ade sape tau mana pergi Ustaz Musonif yer??? [Kalau ade ex-Taayah yang baca ni sila jawab!]

4 comments:

MR said...

Oh my... sungguh down memory lane syani weeiiii. rindu pulak kat semua cikgu2 ni. sikgu suhaimi berubah betul skang kan... siap pakai ketayap. berkat mengaja kat sekolah agama. cikgu saniah pon..dah litup tudungnya. ostat shuaib tu..selain dr lawak berkemban.. ko ingat tak sketsa dlm library? yang anak-anak dia kata aku gemuk tu? huwaaa.. sadis tol!

semoga cikgu2 kita sentiasa sihat walafiat dan dilindungi Allah. Jasa baik depa semua mengajar kita yang nakal kemain ni.. kita kenang sampai mati kan. Saaaaayang cikgu-cikgu semua!

Me said...

cikgu noriah sgt ngajar k-rull dr form 1 sampai 5.. siap jadi guru kelas.. sgt fobia kalau dia masuk.. selalu akn kata.. mak awak kim salam... (sbb rumah mak cikgu noriah hanyalah belakng rumah eden di kg tue.. isk isk isk.. so segala laporan ttg perangai eden semua sampai kat my mom....)

Pija Madzlan said...

huhuhu....teringat nye jaman2 ni... sangat rindu kepada cikgu2 ini semua...

Yana Halim said...

rindu giler kat ustaz shuib. guru kelas akak nie. ngajo arab kom. Cikgu Saniah Dona tu kakak biras akak. (dah abes sekolah baru tau). pastuh ustaz musonif kawen dgn classmate akak nama Linda. x dengar cite dah...