Semalam ada kakak clenaer kat opis aku ni order la lip balm Avon dengan aku. Kakak ni orang Indon tau tapi dah lama dah keje kat kompeni aku keje ni. Kakak ni memang suka pakai gincu. Hari2 datang sure kaler gincu dia lain2..
Dia cakap dia ade nampak sorang staff pakai benda tu [lip balm tu la]. Tu yang dia tanya aku. Benda macam gincu tapi bukan gincu. Yang orang pakai untuk mulut kering tu.. kata dia. Aku pun tunjuk la katalog kat dia kan gambo lip balm tu. Pastu dia mintak le aku oderkan satu untuk dia.
Pagi ni aku bagi kat dia lipbalm tu. Masa aku bagi dia terus masuk poket pastu dia keluar dari bilik aku. Gamaknya dia pegi toilet kot pastu [nak try test la gamaknya]. Tak lama pastu dia datang balik kat aku & tanya,
" Benda ini memang macam ini je ke?"
"Apa maksud akak??" -aku tanya dia.
" Iyalah, benda ini memang tenggelam macam ini ke. Saya cuba pusing mahu naikkan tak boleh pun. "
" Oo... bak sini. Akak kena la pusing kat bontot dia dulu, baru la dia boleh naik"
"Oh, macam tu... patut la saya fikir, macam mana mahu pakai ini. Saya pusing atas pun tak boleh, saya pusing badannya pun tak boleh, saya tekan dari bawah pun tak boleh. "
Kelakar tul akak tu. Sian kat dia rupanya tak reti pakai lip balm. Dia kata memang dia tak pernah pakai lip balm. Pakai gincu dia reti la... Hehehe...
Ini la rupe lip balm yang akak tu oder. Tapi dia punya perisa strawberry.
7 comments:
hhahahahaha! gincu dia terer la :)
hihihih....kelakor
hehehehe.... takpe, belajar dari pengalaman, cakap kat akak tu...
malu bertanya sesat jalan.. hihihi..
Sekarang dah pandai, dia eksyen le...
kelakar sungguh ..hehehe
Post a Comment