Masa Hari Raya mesilah semuanya nak pakai baju raya kan. Baju baru, baru tempah atau baru beli semua nak pakai sebab nak tayang kat orang [tak baik punya niat kan.. walaupun sebenarnya sunat berpakaian baru sempena raya..]
Buat lelaki yang berbaju melayu sure le tak lengkap kalau tak bersampin kan?? Tapi raya tahun ni yang beria bersampin bagai hanyalah anak & anak2 sedara aku je. Bapak2 deme tak kuwaser nak bersampin. Kalau ikutkan laki aku pun terjebak sama tapi sebabkan sampin dia kat rumah Cik Besah idak le dia pakai pagi raya tu.
Biasa2 orang pakai sampin gulung tu je (ala gulung macam pakai kain pelekat tu jer) tapi ade satu hamba Allah ni beria2 nak bersampin ala pengantin.. siap suh bapak mentua aku ikatkan sampin bunga dia tu..
-masa ni bunganya dah nak layu... dah tengahari dah pun-
Sape la jejaka yang beria tu yek.... ni budak budaknya...
lagi bukti..
2 comments:
kalo kt kg aku memang susah nak carik orang pakai sampin..hehehehe
sebaya anak lelaki saya....
→ : digeruni dan dimusuhi
Post a Comment