Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 3, 2010

Pegi Pasar Hujung Minggu Memang Terasa Barang Dah Mahal

Aku ni memang jarang ke pasar kalau membeli barang2 basahan. Al-maklum le isteri pemalas macam aku ni sentiasanya takde idea kreatif bab masak memasak ni. Kalau terasa  nak masak, baru la kirim kat en suami tolong beli itu beli ini. Kalau aku beli awal2 nampaknya semua barang basah tu akan menjunam dalam tong hitam lor..



Disebabkan dah lama sangat tai menjengah pasar Batang Kali, aku ajak la hasben aku pegi. Habis angkut anak2 sekali ikut. Kenkonon aku nak cari tudung raya la... [Tudung murah2 gak yang jual kat pasar ni..tu yang terjebak nak pegi beli tu]. 


Asalnya nak beli tauge kasar sebab nak masak tempoyak. Sampai2 kat tempat jual sayur2 tu dari beli taugeh, terus la meleret2 beli cabai, fishball, cili api & suhun. Sekali time nak bayo untuk barang2 yang sejemput ni sampai 9 hinggit!!! [ Mahalnya!!!!]. Bukannya aku ambik banyak pun. Yang bengang tu timbang lebih kurang terus caj singgit untuk setiap item. Kalau beli yang longgok2 tu lagi berbaloi rasa aku. Banyak pun banyak & yang penting lagi murah dari kakak tu jual. Rugi duit aku.

Lepas beli barang2 nak masak, aku sempat le singgah gerai yang jual tudung2. Weiiii rambang mata nak pilih yang mana satu. Jenuh nak menahan napsu yang bergelora dalam hati nak beli banyak tudung. Disebabkan duit yang aku bawak teramat terhad so boleh rembat 1 tudung jer.. Jadi la [bagus jugak kan bawak duit sikit at least tak de aku terpedaya dengan hasutan syaiton!!]. Kalau mama dah beli tudung, anak2 pun nak menyibuk juga. Si Yaya pantang la kalau jumpa baju. Nak2 kaler pink. Muka pun dah muncung bila aku cakap lain kali kita beli. Kesiankan anak redha la belikan dia sehelai baju murahan.. & pilihan si Yaya sendiri. Kalau kakak ade baju, tak aci la kan kalau adik takde. So kena beli jugak sepasang. Susah yer kalau nak berlaku adil ni kan?? Last2 dapat le anak2 aku sorang sepasang baju...

Tengok la budak2 gedik dengan baju baru.. si Adib dengan ala2 mat terap,  Yaya dengan skirt pink gambo pincess lagi. Budak gemuk belakang Adib tu takde kena mengena yer.. Yang paling belakang tu laaaaaagi takde kena mengena. Dia tolong inteprem jer...[patut la si Adib suka inteprem.. belajar dengan mahaguru tu rupanya!]

5 comments:

MR said...

aku penah meniaga tau kat pasar ni syani! hehehehehe...

Queen said...

betul...suka shopping tudung kat pasar pagi atau pasar malam je..kualiti sama je macam kat online..harga separuh dari yang dijual di pasaran online..hihihi..

sekarang barang memang mahal...kalau beli sikit2 lagi mahal dia jual

Ayen Giggs said...

Wakakakakaka......saya suka betullaa baca ayat2 awk ni,kelako.Klu saya baca mesti suka,xtaulaa nape.

Me said...

tauge kasar masak tempoyak tersangat la sedapnyaaaaaaaaa....

Kak Lia said...

lama betul tk jejak ke Batang Kali..sjak abah mertua meninggal di umah adik ipar kt sana...dh dkt 3 taun...huu