ANAK YANG BAIK
Dua orang wanita sudah lama tidak berhubung, akhirnya bertemu di sebuah pasar. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya...
Wanita 1: Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna
Wanita 2 : Apakah dia merokok?
Wanita 1: Oh, tidak!.. tidak sama sekali
Wanita 2 : Dia kekadang minum bir?
Wanita 1 : Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik.
Wanita 2: Dia kuat bersosial.. dan selalu pulang larut malam ke rumah?
Wanita 1 : Tidak pernah sama sekali! Namanya jugak anak terbaik dalam keluarga.
Wanita 2 : Wah nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?
Wanita 1 : Minggu depan genaplah usianya enam bulan!
Wanita 2 : ??????
AKUI DIRI
Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. DIa hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri. DIa bertanya, " Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri.". Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Profesor berkata, "Oooh... jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?". Pelajar itu menjawab, "bukan... sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang sahaja yang berdiri!"
PANCING
Suatu petang, ketika hari selepas hujan.. seorang atok duduk di tepi paya dengan memegang pancing sambil merokok. Orang-orang yang melihatnya kehairanan. Ada yang kasihan ada juga yang ketawa. Tiba-tiba Badul menghampirinya dan bertanya..
Badul: Pakcik ini memancing untuk apa?
Atuk : Untuk makan..
Badul : Oh.. kalau macam tu..ayuh ikut saya makan..saya belanja
Mulanya tok itu malu2 kemudian setelah dipaksa akhirnya dia ikut saja. Sambil makan si Badul bertanya,
Badul: Pancik memancing di paya tu ada ikan ke?
Atuk : Oh, ada
Badul: Biar betul pakcik ni.. dah berapa ekor dapat?
Atuk: Kamu yang kelima
LARI JAUH
Ibu : Fendi...kenapa wajahmu pucat dan nafasmu termengah-mengah?
Fendi: Saya berlari jauh untuk menghentikan sebuah perkelahian.
Ibu : Wah, bagus sekali perbuatanmu. Siapa yang berkelahi?
Fendi : Fuad dan saya
Ibu: Ceh, dasar penakut!
LOGHAT MANA LEBIH MUNASABAH?
Timbul persoalan, loghat daerah mana yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur? Jawapannya : Loghat pantai timur(Kelate) adalah munasabah Bahasa Melayu standard.
Con: Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai disitu didapati emaknya tiada.
Loghat Utara (Kedah):
Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak.
Loghat Pantati Timur (Kelate):
Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dia, gi gi mek dio tak dok.
KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada, tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang la munasabah!
2 comments:
pernah baca jugak lawak2 diatas kecuali 'anak yg baik'
:)
ahahahaha...ahahahahaha,...ahahahahaha......
walaupun lawak yang last tu dah pernah baca..tapi semua2 kombinasi lawak ni buat saya gelak..ahahahhahahaha
ahahahhahah
terim kasih kerana menceriakan hari mengantuk saya...=)
satu pahala utk kamu=)
Post a Comment