Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 15, 2010

20 PERKARA JANGAN!!!!

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Disini disertakan 20 PERKARA yang JANGAN sepatutnya kita buat [tapi mostly memang kita buat pun...sama ada sengaja atau tidak]. Sama-sama kita ambil iktibar & memperbaiki diri kita..

sebelum tu...

1. Jangan sengaja tinggalkan atau lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. [Selain menunjukkan ciri2 seorang pemalas.. hehehe]

5. Jangan tidur selepas solat Subuh. Nanti rezeki mahal [kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat].

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi  syaitan.. [tu yang asyik tak kenyang tu..]

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati gelap diselaputi dosa..

10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya..

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita dan hilang bahagia..

14. Jangan lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nant  mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kepercayaan dan kasih orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup disana lebih lama dan kekal selamanya.

20. Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata JANGAN. Sebab semuanya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan kita. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya.


Pasni mana yang selalu buat tu tinggalkan le... improve yourself & improve your quality of life... Wassalam...




2 comments:

matahati-aishahazhar said...

good info.. tq for sharing.. omputih lak.. dah lama tak masuk sini sebenarnya.. hehehe

~aSHa~ said...

sama2 kita mengingati..