Sebulan 2 lagi kita dah nak pose. Pehtu kita raya la pulak. Para tailor2 semesia la ni tengah sibuk mengambik tempahan baju raya la.. Kat KL pun la ni deadline nak tempah baju semuanya bulan 6 ni. Sape nak menempah elok sangat2 la tempah la ni.
Cuti Wesak lepas, aku balik Ipoh. Dah laki berpergian poya2 ke Hatyai, aku pun poya2 la kat Ipoh lak. Adalah sangat heaven bershopping tanpa laki. Dan paling best jika tidak disertai kaum2adam [ tapi terselit jugak sikenit kepala botak si Adib].
Aktiviti hari pertama, [Jumaat tu la].. pepagi dah bertolak ke Ipoh dengan Acik & anak2 aku yang 2 orang tuh. Highway lengang & perjalanan lancar. [Laki aku dah sampai Thailand dah waktu nih].. Sampai Ipoh kul 10pg. Lepas Zohor singgah RIAMODA kat Ipoh. Sape perasan, dulu lokasinya kat Simpang Pulai tapi la ni dah pindah ke Greentown Nova lak. Memang besar la kedai dia!! Nak pulak tengah sale gile2 punya.
-sebabnya hajat nak singgah Jakel Shah Alam tak kesampaian, singgah le kat sini pulak-
Memula macam tak jadi nak beli tapi lepas tawaf 2-3 kali baru terjumpa yang berkenan. Cik Minah [bondaku] pun borong sakan taw!!!. Anak dia yang memang dah ade keturunan macam dia pun borong la selagi mau.. Bukan MR je terjebak berbelanja tak hengat....Aku pun sama.
Dah alang2 singgah kedai kain so beli la sekali baju nak pakai raya. Jenuh pikior kaler apa theme raya tahun ni. Last2 aku ambik jugak kaler yang selalunya akan jadi last atau second last choice aku. Kaler KELABU!!!! sure laki aku boring nih.. dah le unifom kaler kalabu. Raya pun nak kaler kelabu gak!
Asalnya nak beli baju raya semakin terjebak beli baju raya kedua, raya ketiga sampai raya Haji pun aku beli.. [korang bayangkan le barapa pasang aku beli da.....] Bila membayo, mak ai...sampai beratus tu....[Untung tokey RIAMODA hari tu].
-rambang mata aku cik jah oiiii-
4 comments:
gray cantik kan...huhu.
btw..saya sendiri tak sempat nak shopping utk raya lagi nieyh...kang takut tak sempat je nieyh...huhu
syani.. ko sgt cergas ye sudah bersoping raya..
kalau bab menghabiskan duit aku memang cergas!
biasalah tu.. saya pun kekadang over excited jugak bila sesekali shopping
Post a Comment