Korang suka minum air apa? Air sejuk, air suam, air sirap, air Pepsi atau air PAIPsi?? Tak kisah le korang suka minum air apa pun sebab yang masuk pun kat tekak korang jugak kan?? Kalau nak sakit perut pun perut korang jugak kan??
Aku baru terbaca satu artikel ni berkenaan serangan jantung dan kaitannya dengan minum air suam. Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung.
Serangan jantung ni dah macam jadi penyakit moden . Sebabnya muda2 dah boleh kena sakit jantung. Lagi satu penyakit darah tinggi & kencing manis. Penyakit 3 serangkai ni kalau dah kena memang tak de la penawarnya. Jadi kena la kita ambik precaution untuk elakkan terkena penyakit ni.. Prevention is better than cure.. ye dak??
Korang tahu tak masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas ketika makan, bukannya air sejuk, itulah sebabnya masyarakat depa ni kurang yang mengalami penyakit jantung! Dan mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.
Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini amat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan dan membekukan minyak yang kita makan dalam hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan.
Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine tersebut. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Bila lemak-lemak berkumpul di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia menyebabkan lemak terkumpul dan kita menjadi semakin gemuk dan bakal mendapat pelbagai penyakit! Oleh itu, adalah penting untuk minum sup panas atau air panas selepas makan.
[Aku terbayang2 dah berapa gelen aku telan air ais masa makan KFC, McD, Pizza & segala fastfood yang ada... Kan ke makan makanan yang berlemak2 tu pastu minum ais.. Patutla lemak berkumpul punya la banyak kat abdomen aku nih!]
PETANDA LAZIM SERANGAN JANTUNG & AMARAN BERKENAAN SERANGAN JANTUNG
Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim.
60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa.. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.
Kesimpulannya??? Mulai sekarang kena minum ayor hangat je lepas makan. Jangan nak telan air sejuk banyak2. Orang tua2 pun tak galakkan minum ais banyak. Masa kita dalam pantang pun kena minum air panas2 je sebab takut urat sejuk. Bila urat sejuk tu yang selalu naik masuk angin pastu penyakit pun selalu la singgah sebab body tak kebal..Hehehe..
3 comments:
uuuh....sedapnya....takut mati pun segera,bersedialah dengan ape2 yang patut untuk menghadapi mati...baik untuk diri sendiri,dan untuk insan2 yang ditinggalkan...sediakan payung sebelum datang hujan...
Kat rumah memang minum air masak yg suhu bilik je...dah biasa sejak bersalinkan anak sulung...yg manis2 pun kopi...secawan dua...tapiiiiii kalau keluar jalan2 mula la order air merapu...takleh tahan godaan air manis2 kat luar tu huhu...
Kak eynda, saya pun tengah belajar2 minum air suam. Kat kedai pun saya oder air suam jugak. Kengkadang je minum air manis ni..
Post a Comment