Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 25, 2010

Lawak Petang Nan Boring

Khas untuk yang boring sahaja

Kalau tak boring, tak yah baca...


1. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3. Tiada rotan, pelempang pun berguna.

4. Biar lambat asalkan tak cepat

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

6. Di mana ada gula, di situ ada gula-gula.

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

9. Secupak takkan jadi 18 cupak

10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia.

11. Sedangkan lidah lagi  tergigit, inikan pula makanan  di dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tak boleh diharap.

13. alang-alang mandi biar guna sabun

14. Berat mata memandang, berat lagi seguni beras.

15. Cubit peha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.

17. Hidup segan mati di tanam

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.

19. Lembu punya susu, cap teko dapat nama

20. Sehari selembar benang, lama-lama benang habis.


Sila gelak beramai-ramai...

Semoga petang anda tak lagi boring...

3 comments:

Queen said...

ahaha....entry merepek gini best layan tau petang2 yang dingin ni..kikikiki

~ Lady ell ~ said...

:)

SYANI said...

Queen,
kalau dah boring mula la start nak merepek...Hope u all enjoy