Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 2, 2010

Gatal-Gatal Di Perut

Semanjak dua menjak ni perut aku selalu gatal2. Bukan gatal2 sebab kudis, elergik,gelgata, gigitan serangga atau yang sewaktu dengannya. Orang pompuan ni bila dah beranak pinak ni perut pun makin buncit la kan.. Nak pulak aku caeser masa lahirkan Yaya dulu. Tentulah buncitnya tak macam orang beranak biasa.

Masa mengandungkan Yaya perut aku ade la strech mark. So sekarang bekas2 strech mark tu telah menggatal balik. Aduh..jenuh nak garu tu.... [Dah le kulit tebal pastu berlemak2.. asal garu je tak puas rasanya]. Semalam belek2 kat perut, strech mark tu dah makin mengembang ko.. Alamak... buruk la perut aku..  

 - ni bukan perut aku...[perut aku lawo sikit je dari gambo ni...].
Gambo dari hasilan google-

Sepagi ni aku cari la cara2 menghilangkan strech mark hinggalah aku jumpa artikel ni kat blog bengkungmoden.com. Ni aku petik sikit dari artikel tu:

FAKTA TENTANG STRECH MARK YANG PERLU ANDA TAHU

1. Biasanya stretchmark terjadi kepada mereka yang sedang hamil atau mereka yang mengalami kegemukan. [aku tak hamil jadi mesti la disebabkan aku telah GEMUK!!!!]

2. Mengikut kajian 90% daripada wanita mengalami kesan regangan sewaktu sedang mengandung. Regangan kulit berlaku bila kulit tidak cukup masa untuk mengembang akibat dari perubahan dan pengembangan tubuh sewaktu hamil.

3. Bahagian tubuh yang mengalami kesan regangan yang paling ketara ialah di bahagian perut. [Betul..betul..betul..]

4. Faktor genetik juga mempengaruhi sama ada seseorang itu akan mengalami stretchmark atau sebaliknya.  Jika ibu dan ahli keluarga terdekat sememangnya mengalami kesan regangan kulit semasa hamil, maka besar kemungkinan anda juga bakal mengalaminya. [patut la.. mak aku pun ade jugak]

5. Jika sewaktu hamil anda merasa gatal-gatal dibahagian perut, pinggul, punggung dan peha itu adalah tanda-tanda kulit mengalami regangan. [Memang ade pun...]

6. Bahagian lain yang turut mengalami kesan regangan ialah payu dara, pinggang dan belakang pinggang [aku ade kat perut je...]

7. Cara terbaik untuk mengurangkan kesan regangan ialah dengan mengekalkan keanjalan maksimum pada kulit sepanjang tempoh anda hamil. Caranya ialah dengan menyapu losyen, minyak zaitun atau minyak yang dirumus khas untuk mengurangkan kesan regangan.

Dan yang paling penting… elakkan dari menggaru [aku dah terlebih garu ni...] jika anda terasa gatal-gatal dibahagian tubuh anda sewaktu sedang hamil kerana ia hanya akan membuat kesan regangan bertambah teruk. 

Dan satu fakta penting yang perlu anda ingat juga, sekali ia muncul di kulit anda bermakan ia kekal selamanya [uwa...... makin hodoh la kulit aku] kecuali jika anda sanggup laburkan duit untuk mendapatkan rawatan dengan menggunakan laser bagi menghilangkan kesan stretchmark.[tak sanggup sebab mahal bangat!!!!]

Untuk ibu2 mengandung, dapatkan tip & petua sewaktu hamil dari SINI..

*** Nampak gayanya aku terpaksa la berdiet @ terpaksa la melancarkan kempen 100HTN tak rasmi aku mulai hari ni.... Hohoho.. [Sape yang join 99HTN dulu jangan marah ha....].. Aku mengikuti jugak perkembangan korang walaupun aku sekadar silent reader je.. PEACE!!!

7 comments:

ila-ali said...

Aisyah Hani : Kita serupa!! Jom kita diet nak. Tadi sy dah start gi aerobik kat padang orang ramai. Dah gemuk baru nak insaf...huhuhu

kakngah said...

ms 1st peggy SM aku mmg kronik. ngeri. lps beranak siap tny mak bidan camne nk ilangkan. yela.. ms tu mana tau info2 camni. xpsl2 kene saun ngn mak bidan 'tak blh hilang nak.. oph pun ada sampai skrg..' ahaks!

SYANI said...

Kakngah,
Tu la jenuh beli krim sana sini sedangkan hakikatnya SM tu takkan hilang sampai bila2. Bazir je .. La ni sapu minyak zaitun je malam2 sebelum tidur

SYANI said...

Ila, bestnya gi erobik. Kat rumah saya takde aktiviti cenggitu. Ingat nak joging la hujung minggu ni kat padang depan rumah.

CikguIna said...

SM tak leh hilang? Oh, no!SM aku masih berbekas tapi tak le gatal-gatal....

SYANI said...

Ha'ah Lina, SM tak leh hilang.. Kira kecacatan kulit seumur hidup! Hahahaha. Tapi itu tanda kita wanita sejati sebab boleh mengandung.. Ye dak???

chem said...

hheheeh dah macam minyak chem guna tapi masih cam tu .. dah nama pun wanita sejati kan terima lah ....