Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 6, 2010

Detox

Dalam usaha nak berdiet ni., aku gigihkan jugak buat detox. Malas nak buat detox macam Makcik Zalia so aku beli je menatang Juvanex ni. Ni first time nak try ni.. Dah buat kaji cuaca kajian kat website Juvanex ni so petang Jumaat semalam dah selamat duit aku masuk ke akaun Guardian Pharmacy... [tengah offer la sekarang... asal RM168, offer RM127 je...]. 


Dah kira2 so masih dalam bajet [sebab aku tak jadi beli girdle baru so aku bantai la beli benda ni]. Member2 aku yang aku tanya kata mende ni bagus. So setahun elok la buat 2-3 kali detox ni. Bukak website pun banyak gak testimoni dari artis.. [patut la deme makin lawo yek..]

Hari ni dengan rasminya aku dah consume Juvanex ni. Rasanya masam2 masin sikit [ala2 air kalamanzi la..]. 

Jenuh jugak nak telan satu gelas tu.Walaupun kalernya dah macam taik si Adib, tapi demi azam untuk menurunkan berat badan & mencuci organ dalaman aku yang banyak dah tersumbat  nih so aku telan la jugak. Tengok kat dalam buku panduan dia pun memang recommended untuk mulakan detox pada weekend sebab mungkin ade orang akan mengalami simptom2 tertentu.So far pada aku hanya rasa mengantuk, lesu [maybe sebab tak makan nasik kot] & kerap kencing je. 

Sesape nak info pasal detox & Juvanex boleh tengok kat SINI. Jom sama2 berdetox!

2 comments:

CikguIna said...

gigih, kau ye?

SYANI said...

nak kurus punya pasal apa pun kena gigih la..