Hari Isnin adalah hari malas sedunia selain hari Jumaat bagi aku... So hari Isnin, takde mood nak buat keje so asyik buat blogwalking jer... Singgah sana singgah sini ade jumpa blog yang best ade yang tak best. Kat sini aku nak listkan beberapa sebab aku tak suka nak singgah blog2 tertentu ni.
#1 Blog Takde Latest Update
Kenkadang blog korang ni best tapi dah peram lama sampai dah bersawang tanpa latest entry menyebabkan aku malas nak singgah blog korang. Ye la kan, kita nak jugak tahu perkembangan terkini. Kalau dah 2-3 bulan pun entry takde so makin lama blog korang tu akan dilupakan oleh aku... [ade jugak yang bertahun tak hapdet]
#2 Entry Tanpa Gambar & Meleret2.
Blog ni kan ke macam diary korang kan (especially personal blog la). Tapi kalau takde gambo2 so akan jadi kurang menarik la even entry korang tu menarik. Macam korang baca magazine dengan buku teks sekolah. Magazine kan lebih menarik dengan gambo warna warni tapi buku sekolah tu kan ke boring jer. Lagi satu aku ni prefer tengok gambar dulu baru baca entry korang tu. So agak penting la bagi aku korang letak 1-2 gambar tu. Nak2 kalau entry panjang berjela..(kalau novel tu lain la)... lagi la boring... Aku akan singgah sambil lalu je...buat speed reading.
#3 Tulisan Kecil
Lagi satu penyebab utama aku tak suka singgah blog korang ni sebab tulisan dalam tu tersangat kecil. Sampaikan aku yang bermata 4 ni makin rabun lak rasanya. Mana taknya, tulisan tu kecil sampai nak kena pakai kanta pembesar. Dah tu pulak kaler tulisan tu tak berapa nak kontras dengan background korang.. mau sampai juling bijik mata aku.. So kalau boleh korang besarkan le sikit tulisan tu.. [Kalau nak aku singgah le..]
#4 Layout Terlalu Semak
Ni macam rumah korang la. Kalau rumah semak orang pun tak hingin nak datang. Tak yah serabutkan blog korang dengan pelbagai widget. Less is better. Lagipun first impression tu kan ke penting. Kalau sampai blog yang serabut aku punya keinginan nak singgah lama terus terbantut. Aku suka tengok blog Eynda . Sangat simple. Kalau terlampau banyak widget pun loading page korang pun akan lambat. Sebelum loading complete, aku dah blah dari blog tu.
#5 Ada "Read More"
Aku tak berapa suka sangat blog personakl yang ade bende ni. Kalau kat blog2 yang ade tutorial ke, tips ke, information ke tak pe la. Sebabnya bila ade benda ni aku akan skip banyak entry korang. Agak leceh la bagi aku sebab each time lepas baca kena tekan back button. So memana blog personal yang ade benda ni memang aku hanya akan lihat sekali lalu tanpa tekan butang 'read more'/'baca selanjutnya' tu.[Pastu aku takkan tinggalkan komen la kat blog tu].
So itu la antara sebab musabab aku tak singgah blog korang. Itu pada aku la.. maybe pada blogger lain tak jadi hal.. So kalau aku tak buat kunjungan lagi ke blog korang maybe ada salah satu sebabnya berada kat list di atas.. Harap Maklum!
8 comments:
Ehhh...ada nama eynda :-D Thanks yer...kekadang nampak blog eynda cam semak jugak tu hehe...tapi ada betul gak fakta2 yg syani tulis ....cuma yg 1st tu kekadang eynda terpikir gak diaorg ni dah lama tak update blog naper...ada jugak yg tak dapat dicontact langsung...sebab pernah dengar member citer ada blog yg dah lama tak update rupanyer tuan blog dah meninggal dunia :-(
info yang berguna.aku suka menyemakkan belog aku.hahahaha
e.l.i.s.s.m.i.e.,
Kalau boleh jangan la sampai semak sangat.. Penat mata memandang..heheheh
rasanya semua tu takde kot kat blog saya..tapi layout saya semak ke?tolong jawab dengan ikhlas..kengkadang tatau apa orang fikir pasal blog saya :)
Fit,
Rasanya blog awak ok je... sebab tu saya selalu singgah..hahaha...
rasanya blog saya tak termasuk dalam semua kategori tu kot.. sila semak (periksa)
Sweetdarling,
Blog awak terselamat!!!Jangan riso..
ye btl..mcm yg prnh sy bc la..byk widgets ke hape ko buat senak mata.simple2 ckp la..
Post a Comment