Dalam keluh kesah aku nak cari kerja lain & setelah berapa ratus (sampai ke seratus???) resume aku hantar sana sini, alhamdulillah akhirnya dapat jugak satu inteviu kat Taman Dagang Ampang.
Aku just apply guna online jobstreet je. Tah cemana somebody from the company call aku untuk attend interview semalam. Dia call hari Rabu so aku ade la masa 2 hari untuk fikir untuk pergi atau tak. Tanya pendapat hasben dia pun suruh try je.. manalah tahu kot2 rezeki kat sana.
Pagi Khamis dah buat keputusan untuk pegi interview tu. Terus apply half day on Friday & luckily approved by TKH. Suppose kalau nak apply leave kena seminggu sebelum cuti. Aku malas nak pikir lagi. Kalau aku tak dapat kerja tu pun at least ia jadi one of my experience & aku dapat gak jumpa new people.
.
Inteviu kat mana??? Kalau aku cakap sure ade yang tak caya. Aku apply keje kat
Lynda Rahim.
Sape yang tak kenal/dengar pasal butik ni, LRKL la yang buat wedding Sari Yanti & Yatt. Lagi satu dia ade sponsor wedding Serina anak Chef Wan tu. Nampak macam interesting je job tu. Anyway, semalam akhirnya aku dah attend pun interview tu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun time aku nak gi Ampang tu cuaca lak hujan lebat.
Lynda Rahim.
Sape yang tak kenal/dengar pasal butik ni, LRKL la yang buat wedding Sari Yanti & Yatt. Lagi satu dia ade sponsor wedding Serina anak Chef Wan tu. Nampak macam interesting je job tu. Anyway, semalam akhirnya aku dah attend pun interview tu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun time aku nak gi Ampang tu cuaca lak hujan lebat.
lebatnya hujan... ini hujan rahmat ke hujan apa????
Sepatutnya ade one of the Account Head yang interview aku tapi masa aku sampai dia kata dia maybe lambat due to hujan lebat & traffic jam. Last2 Datin Lynda yang interviu dulu. Ok la Datin tu & tak macam mak2 datin yang lain. Very down to earth punya orang. Lagi pun her age pun baya2 aku je (actually sebaya hasben aku). Untung dia, muda2 dah jadi Datin.. dah rezeki dia ye dak????
Memula aku sampai aku terus gi butik dia. Memang kellas ko butik dia... Very the grand tapi rupanya inteviu kat tingkat atas (opis dia kat atas butik). Opis dia pun mak aii...lawonya. [tak sempat nak ambik apa2 gambo yang patut, kang dia kata paparazzi lak kan...langsung takde can nak dapat keje nanti].
Lepas Datin tu inteviu aku baru la orang yang sepatutnya inteviu aku tu sampai. Dia ni pun jenis2 masuk air gak...Ok la borak2 dengan dia... walaupun dia Chinese tapi boleh lagi gelak2 dengan dia. So far interviu tu yang paling sempoi pernah aku attend..[langsung tak tengok pun segala sijil2 aku tu.. just belek resume aku jer]. Well, please wish me all the best & i hope akan dapat good news from them.
Ni aku tepek sebahagian daripada hasil kerja LRKL. Tak kisah la kalau LR tak jadi my employer to be pun tapi meh aku tolong promotkan LRKL ni. Kot2 sape ade bajet lebih boleh la cari Datin Lynda ni untuk wedding korang. PEACE!!!
kredit to khatyjem
4 comments:
salam. lynda rahim ni jugak yg jd event planner utk majlis cukur jambul anak Erra Fazira hari tu. Wish u good luck!
betul tu.. ko pun tahu pasal LR ni ye...
gud luck!! seronok kalau dapat keje dengan orang2 yang takde stress... kita yang tengah stress pun segan nak tunjuk stress kita kat orang2 macam ni... :P
taktahu jugak stress keje kat sana cam mana kan?? Buatnya lagi stress dari keje sekarang... Hahahah
Post a Comment