Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 11, 2014

CUCUR UDANG KEMBONG GEBU

Hujan2 ni kalau layan cucor cicah sos pun sedap kan
Sejuk2 ni asyik lapo je...

Ahad lepas aku buat cucur udang kembong
Kan cucur kembong tengah viral jugak kat fb tu
[selain jeruk mangga asam boi tu]
Tapi versi asal cucur kembong ni ialah cucur kembong manis
Kali ni aku buat cucur derhaka la
Instant derhaka lagi ko...

Cucur yang baru lepas goreng
Sekali pandang cam fishball pun ada..

Cucur aku ni pakai 2 bahan je tau
Jangan tak caya..... aku kan suka yang mudah2 je
Inilah watak utama cucur aku
Sepeket cucur instant ADABI
dan 2 cawan air panas..
PENTING!!!!!
Air panas yang baru lepas masak tu tau
Air suam tak jadi gebu nanti [gamaknya la]
So ingat ye PAKAI AIR PANAS tau

Kalau dah pakai air panas tu gaul le guna sudu
Gile ko nak gaul pakai tangan
Kalau tangan korang kalis panas takpe la
Pehtu make sure adunan korang tu tak cair cam adunan cucur yang biasa2 tu
Adunannya cam melekit2 sikit  
Bila dah sejuk boleh la korang bulat2kan cam bebola 
[ni sementara tunggu minyak panas boleh le buat]
Nak kasi senang gentel.. sila basahkan tangan terlebih dahulu ye
Pehtu terus goreng ... goreng sampai golden brown pastu angkat le

Kaedah ni korang boleh pakai untuk segala macam cucur
Ikut kreativiti korang le
Cam aku yang malas ni.. pakai yang instant je [kof.kof..kof..]

Jemput makan cucur kembung
cicah ngan sos cili
Sekejap je dah habis sepinggan...


## Hal ehwal cucur pun nak citer ke??? Nampak beno takde idea..

BIRTHDAY WISHLIST

Birthday aku belum lagi uols
Tapi dah berangan siap buat wishlist bagai
Kot la boleh hadiah birthday tahun ni kan......

Nak subang emas je
Tak mahal pun kan...hehehehe
[harap2 hasben aku dok baca]

Dah lama tak pakai subang emas
Subang yang dulu sebelah dah terjatuh kat mana tah
Tinggal sebelah je...

Suka subang jenis ring camni
Tak suka subang yang bertindik tu
Sebab telinga aku ni sensitif sikit... nanti naik gatal2 berair tu
Aleeya pun dah kena simptom macam aku
Kulit telinga jenis tak tahan
Kena beli kat dia juga nanti subang camni




Monday, November 10, 2014

M.O.N.D.A.Y @ I.S.N.I.N

Assalamualaikum semua
Mama is bizi for the moment
Monday le katakan... blues tak sudah2

Petang2 sikit mama kata dia update blog
Kalau dia sempat le katanya...

Ok... selamat bekerja untuk semua member2 mama.

Thursday, November 6, 2014

TOWARDS 3 MONTHS

Sedar tak sedar dah nak dekat 3 bulan dah umur si Jasmin
Cepat je masa berlalu kan...

Tengok gambar2 lama Amira
Saja la nak letak sebelah menyebelah dengan gambar Jasmin
waktu dia berusia lebih kurang cam Jasmin 


Haish... tetiba rindu pulak kat anak2...

FEELING CANADA

Tetiba teringat Canada pulak
Cewah... macam la pernah pegi Canada tu
Tengok bendera Canada pernah le...

Ntah la kalau tengok daun ala2 daun maple sure teringat Canada
Maybe sebab kat bendera Canada ada gambo daun tu gamaknya



Ekceli teringat Canada sebab tertengok daun pokok ni ha
Saja terbelek pokok ni masa nak keluar gi keje pagi tadi

Ha ni la pokok Roselle
[Kot2 ada yang tak tahu]

Pokok ni mak aku yang semai masa aku dalam pantang haritu
Elok pulak tumbuh subur dalam pasu tu
Cumanya belum berbunga je lagi..

Dah.. tu je nak citer..
Bai.

Wednesday, November 5, 2014

ANAK ITU UJIAN

Kome dah tengok baby Che Ta ngan Zain??
Comel sangat kan????
Gebu gebas gitu rupa parasnya
Subhanallah... indah ciptaan Allah

Aku come across dengan status Yana Samsuddin kat fb
Memang setuju dengan pandangan dia

Ya anak itu ujian
Ujian pada ibu bapa, ujian pada orang disekelilingnya sekali
Dengan anak juga boleh jadi penyebab kita ke syurga ataupun neraka
Hakikatnya anak adalah amanah Allah yang perlu dijaga

Anak yang cantik, anak yang cacat, anak yang bijak, anak yang kurang cerdik
Semua ujian pada kita
Terpulang pada kita bagaimana kita menangani ujian itu

Apabila orang puji anak kita comel, cantik, putih, cerdik
Apa kita rasa?? Bangga, riak, risau?
Pehtu mula la kita kata tengok la maknya, tengok la bapaknya..
Ha.... jaga2.. akan ada riak disitu ye...

Bila orang kata anak kita degil, hitam, nakal, buruk
Apa pulak kita rasa???
Bengang, marah, geram, tak puas hati?
Macam kita tak redha dengan pemberian Allah pulak

Nampak tak camne ada ujian disitu??
Sejak anak itu diletakkan ke rahim ibu, sudah bermula ujian kepada kita sebagai ibu bapa

Seharusnya kita bersyukur.. syukur.. syukur
Dikurniakan anak, diberikan rezeki, diberikan ujian
Sebab Allah sedang menilai kita, memerhatikan prestasi kita melalui ujian yang diberikan
Dan yang paling penting Allah telah pilih kita menjalani ujian sebagai ibu bapa

Jangan tengok dan nilai anak orang lain
Sebaliknya tengok diri sendiri, tengok anak sendiri
Yang penting berusaha melindungi diri sendiri & ahli keluarga sendiri dari azab api neraka.