Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 5, 2014

APLIKASI HOTLINK RED UNTUK PENGGUNA HOTLINK

Aku adalah pengguna setia Hotlink
Dah hampir 8 tahun kot pakai Hotlink
Setakat ni tak pernah la mengecewakan aku...
Lagipun coverage ok je dengan Hotlink ni
Lagipun aku bukannya kaki gayut mahupun kaki sms

So para pengguna Hotlink, korang tau tak dah ada aplikasi Hotlink RED?
Aplikasi ni hanya untuk orang yang pakai Smartphone saja
Korang boleh download kat Playstore [untuk pengguna Android]
Kalau takde smartphone sila abaikan entry ni ye..hehehehe

Logonya cam bendera Jepun tu tau..

Melalui aplikasi ni, korang dah tak payah nak cek balance cara old pesen
iaitu dengan cara dail *122# kalau nak cek balance @ nak top up kan
Betullllll... dah tak payah dah semua tu
Just instal Hotlink Red ni kat phone korang, pastu terus terpampang balance duit korang
dan bila tarikh last kredit korang tu

Balance data plan korang pun boleh dilihat disitu..
[Aku subscribe data plan 1GB je...]

Selain tu ada la lagi pilihan2 lain
Kalau korang nak subscribe data plan ke, nak beli hot ticket ke
Serba serbi ada berkenaan Hotlink dalam tu
Sediakan duit je dalam akaun korang..

Ha.. ada bonus juga untuk korang yang nak instal Hotlink Red ni
Bila korang instal je apps ni
otomatik dalam RM5.... FREE tau... terus kredit dalam akaun korang
Suka tak? Suka tak??
So apa lagi... pi cepat2 instal apps ni...










Tuesday, November 4, 2014

CUBA TEKA HARGA TUDUNG NI

FAREEDA, D HAJA, PEARL HAYA
antara tudung2 mahal yang aku tak mampu nak beli
Boleh rabak poket kalau beli..
Even nak beli Aidijuma white label pun aku dah rasa mahal

So standed aku takat tudung paso malam je le
Paling banyak tudung saploh rengget je 
Tapi sejak dah terjebak dengan shawl ni
Mana nak mandang shawl saploh ringgit kan
[dasar mur..mur.. sangat kan..]
So bajet sudah up sikit la..
Beli la shawl bawah RM30 sudah....

So persoalan untuk kome
Cuba teka berapa harga sehelai tudung ni

-Tudung D' Haja Miranda SE-



** Dah... cepat pi google ye...
Tepek jawapan kat komen tau...



Entry nak hilangkan mengantuk...

KOPI RADIX PULAK

Morning uols..
Dah sarapan??

Pagi ni sebelum pi keje sempat minum secawan Kopi Radix
Sebab terjebak dengan member kata minum kopi ni susu badannya banyak
Wah... ai like....
Nescafe 3-in-1 memang dah tolak tepi dah sekarang
[minum bila desperate je]

Haritu beli barang dapur nampak kat kedai tu ada jual Kopi Radix
Terus beli sepapan RM20 
Ada 20 sachet
[Kiranya jatuh harga RM1 satu sachet kan]
Kalau kat kedai rasanya secawan deme jual RM2.50 kot kan..
Banyak untung la tokei kedai tu..ahaks!


Siap letak cam kat kedai...
Nak bancuh cabut je dari kertas tu..
Rasanya tak sedap sangat cam Nescafe 
Sebabnya dia ada herba2 gitu kan
Ah tak kisah le.... aku belasah saje.. 
Hasben aku pun boleh minum sekali
Tapi bajet punya pasal... minum sehari sepeket je ye...


** So far alhamdulillah.. susu untuk Jasmin sentiasa cukup..

Monday, November 3, 2014

ANNUR BOLEH JASMIN PUN BOLEH

Udah namanya ANNUR JASMIN
Panggil je la apa ko suka
ANNUR boleh JASMIN pun boleh

Baby Jasmin sudah nak masuk  3 bulan
Badan dah makin hantap
Pipi dah makin labuh
Cuma body belum ketak2 lagi...


Ada tips tak camne nak bagi baby ni ketak2 badannya???

ALKISAH BOTTLE CONVERTER

Mengada2 sungguh breastfeed mom sorang ni
Sebelum ni ok je pakai pam biasa tu
Pehtu mengada2 menambah gajet ngan aksesori untuk perah susu ni
[Macam ko sorang je la yang gigih pam susu]

Sebelum ni aku pakai pam manual Avent tu je
Avent punya style kan ke botol gemuk2
Tapi storage bottle aku pakai botol standard je.. brand AUTUMNZ 

Haritu jenjalan dalam group susu ibu ternampak la orang tanya pasal benda ni
Maksudnya nak convert botol wide neck ke standard neck
Rupanya ada jual benda converter ni... [aku baru tahu]
Kebetulan kawan aku ada dalam group tu & dia pun jual benda alah ni
Jeng..jeng..jeng... terus wasap dia laju2

Ini la rupe bottle converter tu.

Alkisahnya membeli benda ni sebab senang nak pam susu
Takyah salin2 botol dah kekdahnya
Dah mudah, nak mudah lagi kalau boleh kan
Maksudnya, aku terus pam dalam storage bottle tu je
Dan maksudnya kurang dah bahagian yang aku kena cuci setiap kali lepas pam

Ni rupa pam Avent yang asal
Bottle jenis Wide Neck kan..

Bila dah guna bottle converter
Wide Neck sudah boleh jadi standard neck
Dah diganti dengan botol Autumnz

Converter ni boleh je guna dari standard Neck ke Wide Neck
Maksudnya kalau korang guna botol standard tapi nak tukar guna botol gemuk pun boleh juga
Compatible dengan pam elektrik juga ye...
Tapi tak semua jenis botol/ pam yang boleh guna converter ni
So masa beli, sila la consult seller tu dulu ye


** Makin semangat nak ngepam japgi

Friday, October 31, 2014

TEKEJUT DAPAT KAD BIRTHDAY

Semalam tetiba dapat kad by pos
Terkojut teman dibuatnya
Dah lama tak dapat apa2 kad melalui pos ni
Sekarang kan semua main hantar virtual card je kan
Buka sampul surat rupanya Kad Birthday.. hehehe

Ingatkan secret admirer mana la yang kasi kad birthday tu
Takkan le hasben aku yang hantar kan
No..no..no.. hasben ai tak seromentik tu lor...
Sekali tengok kad rupanya dari takaful agent  PRUDENTIAL
Kompeni aku kan ambik Takaful  Prudential untuk semua staff
Patut la deme tau birthday aku bila ye dak??



Awal beno dia hantar kad ni
Bulan November pun tak masuk lagi
Birthday aku pun lagi 3 minggu...
Tetiba rasa diri sendiri dah tua...(T_T)