Atok Latif with his UPIN & IPIN
Wednesday, September 7, 2011
Tuesday, September 6, 2011
WARNA WARNI AIDILFITRI 2011
Ni nak citer pasal sesi fotograpi kami sekeluarga
bukan keluarga aku sorang je tapi my Ipoh family la
Cubaan mengejutkan budak yang nyenyak tidur tu
sampai habis round pertama si Haikal bantai tidur..
Disebabkan abah aku tah tersesat beraya ke mana
[sebab dari lepas semayang raya tak balik2 rumah]
kitaorang posing mana yang ada dulu le
Ni adik aku si pemilik DSLR dengan mak kitaorang
[Adik aku ni la yang bakal berkahwin 16/09/2011 ni...]
Pastu dengan anak sulong mak aku
[awatnya la aku nampak gemuk sangat ni??]
Ni semua anak2 dara mak aku & cucu mak aku
[sorang je yang dah jadi mak dara]
Sekarang time posing untuk yang keluarga2 je
Fes, mestila family hijo ni
Kalau nak tahu, baju kebaya hijau aku pakai tu bukannya baju baru
baju tu aku dah tempah sebelum aku kawin lagi tau...
dah berusia 7-8 tahun dah tau
& dengan bangganya nak habaq, aku masih muat lagi okeh.... takde oter2 pun.
[tang pinggang kain je takleh nak cangkuk.. harapkan zip kain je lah..]
Ini lak family adik aku.. tema kaler ungu tahun ni
[suka pulak aku tengok purple ni]
Adik ipar aku masa ni tengah sarat mengandung [tengah menunggu hari jer]
Insya-Allah, raya tahun depan depa beraya ber-4 la pulak
Haikal kata nanti dia nak dapat baby pom-pompuan
Yang lain2 belum berkeluarga lagi so takde la gambar raya sedondon
Tunggu tahun depan lak..
** Gambar raya ni belum habis episodnya... Nanti sambung.. bai!
Labels:
Raya
PERISTIWA PAGI RAYA
Macam family lain jugak, pagi2 raya dah bangun awal
lepas semayang Subuh, semua dah siap2 mandi & berwangi2
Pastu makan2 ketupat, rendang, nasi impit & kuih raya
pastu siap sedia nak gi semayang raya lak
Ha... itu je la peristiwa pagi raya kitaorang
Takde la apa yang istimewa sangat pun
Bersalam2 di pagi raya tu kalau kat kampung kami buat sebelum pegi semayang raya
Tapi hari tu tak sempat nak berkumpul semua
so pospon sampai balik dari semayang raya
Ni anak2 aku dah siap2 dengan baju raya masing2. Masa ni baru lepas makan [sebelum sembahyang raya]
Actually Yaya nak ikut Maksu dia pi masjid
tapi sebab tak bawa telekung & lambat sangat bersiap
akhirnya kena tinggal kat rumah....
Masa ni lepas balik sembahyang raya
Sambung melantak lagi juadah yang ada
[Nasi impit & ketupat ada sebakul lagi tu..]
Ni anak buah aku, Faris Haikal
Memula hensem la berbaju melayu, bersampin, bersongkok
Tengah orang lain sibuk bersiap2 dia boleh terlelap pulak kat ruang tamu
Sebelum posing raya, kena la mekap dulu
Tacap2 apa yang patut
Yang baru nak gosok baju pun ada jugak.. ish..ish..
Yang adik bongsu aku lak dengan pesen Hana Tajima dia tu
Lepas siap2 bagai ni kami ada sesi fotografi keluarga lak
Mementang adik aku ada DSLR sekarang
semua kamera henfon tak pandang dah
next entry aku sambung ok..
Labels:
Raya
Monday, September 5, 2011
BALKONI BERASAP
Walaupun cuti raya start dari Sabtu
tapi aku & family balik ke Ipoh pagi hari Isnin [sehari sebelum raya]
bukan tak nak balik awal, tapi kerja2 di rumah berlambak2 tak siap
Kain baju nak dibasuh & dilipat
Sawang2 semua nak disapu
lantai semuanya nak kena mop
bilik ayor nak disental habis-habisan
bak kata semuanya kalau boleh nak buat sebelum hari raya
sekurang2nya bila balik dari kampung nanti rumah dah berkemas kan
Pepagi Isnin, sebelum bertolak singgah dulu rumah Cik Besah
Mintak ampun maaf segala dari mak bapak mertua
[aku kan menantu derhaka dalam diam... banyak dosa weh!!]
Hasben siap hulur duit raya lagi kat Cik Besah & Cik Zul serta anak2 buah
Abang ipar & biras aku lak masih bekerja.. so takde la nak salam jemaah sebelum raya
lepas raya je la kitaorang beraya dengan deme
Dalam kul 12tgh camtu baru kitaorang sampai Ipoh
Tengok mak & adik2 aku sibuk masak rendang, ketupat , nasi impit & kuah kacang
Kali ni mak aku tak masak banyak pun
Cukup la nak makan sepanjang hari raya pertama tu sampai licin
Sebelah petang singgah jap Billion sebab nak last minute shopping
Nak belikan seluar Yaya & kasut untuk dia
Kasut putih tu kasut si Adib
Kasut pepel tu plak kasut si Yaya
[Billion mari okeh..]
Yaya demo kasut baru
[tah cemana dia boleh berkenan kaler pepel lak sedangkan kaler pink pun ada]
[tah cemana dia boleh berkenan kaler pepel lak sedangkan kaler pink pun ada]
Sebelah malam pulak, takde aktiviti nak buat lepas bukak pose
Aktiviti menyendat perut diberhentikan seketika
sementara nak disambung keesokan harinya
Untuk melegakan perut yang senak
sambil ibu2 melenggang perut senang lenang tanpa gangguan depan TV
kaum bapa bawak anak2 main bunga api kat atas
Mastermindnya sape lagi kalau bukan adik aku
habis dihangkut bunga api anak dia
stok bunga api anak2 aku dah dihabiskan malam sebelum tu
wah.. suka la budak2 tu main api
Budak2 kat rumah mak aku ada 3 orang ni jer
Yang lain tu dah tua bangka tapi perangai kebudak2an
Tengok otai main bunga api
Ni si Adib mengajar Haikal cara main bunga api tahap advance
pakai 2 belah tangan..hehehehe
Kanak2 ribena yang riang ria main bunga api
Si baju putih tu la anak sedara aku, Haikal namanya
Yang baju biru tu ayah si Haikal
Udah2 le tu budak2 oi
pi masuk tido...
esok dah raya...
Labels:
Raya
BUKAN LAST MINUTE SHOPPING
Hari Sabtu sebelum raya tu, hasben ajak pi last minute shopping
Actually tak le last minute sebab ada lagi 3 hari sebelum raya kan
Disebabkan hasben aku takde seluar raya
[every year nak kena beli suar jeans baru tau]
Nak pulak beli yang brand LEVI'S je [brand lain dia takmo]
So aku sajes kat dia beli kat Wangsa Walk sebab kat sana ada kedai LEVI'S
Masa ni cuaca pun mendung jer
Lagipun masih pagi & orang pun tak berapa ramai lagi
Father & Son mendahului acara lumba jalan kaki
Mother & Doter tertinggal kat belakang
[supaya senang nak tangkap gambar bontot]
Sesampai kat dalam aku ajak terus tuju kedai suar
Ye la kan, sebelum tergoda dengan benda lain, harus fokus..fokus..
Fokus pada tujuan sebenar
Tapi yang paling anak2 aku suka kalau pi shopping mall
kalau dapat naik tangga karan tu a.k.a eskelator
Kanak2 diutamakan... jalan kat depan okeh...Akhirnya tiba juga di butik ni...
Kalau sapa tak tau, kedai ni kat tingkat 1
Tu yang kena naik tangga karan tu
Sape peminat LEVI'S, jangan lupa singgah sini okeh...
Masa kitaorang sampai, orang tak ramai lagi
Tapi tak lama pastu makin lama makin ramai
Hasben aku [si baju merah tu] sebuk la memilih seluar yang dia berkenan
Sebagai isteri mithali, kena la kan temankan suami ke sana sini [cewah!]
sampaikan naik boring aku sebab lama sangat
si Adib pun sampai bertinggung la nak membontot abah dia
Oleh kerana orang dah makin ramai
aku tinggalkan suami aku yang tengah try test bontot seluar ...
Aku ajak anak2 lepak kat luar kedai
boleh gak cuci mata tengok gelagat orang
Sambil2 tu acara wajib seorang blogger ---> tangkap gambar
Mujur jugak ada mainan kat luar tu
Sebenarnya kena masuk coin tapi anak2 aku tak kisah pun
janji dapat duduk dalam tu udah le
Hi... meet my friend dalam tong sampah--> OSCAR..
Pas berlegar2 kat situ, hasben aku masih tak keluar2 lagi dari kedai
Dia komplen aku selalu shopping lama2, tapi dia pun 2X5 jugak....
Last2 aku masuk kedai 5 Ringgit (Hinode Shop)
Kunun2 nak belek2 je, tapi end up aku ter beli jugak barang
melayang la duit aku RM20 dengan tak semena2...
** Very2 last minute shopping aku adalah di Billion depan rumah mak aku... shopping petang Raya eve tu..
Labels:
shopping
WARM UP SEPTEMBER
Assalamualaikum!!!!!
Seminggu terperam blog aku ni dah rupanya..
Cuti raya sakan la sangatnya..
Tengok kat blog member2 semuanya dah ber apdet
Hari ni kan ke baru start keje
kemalasan pulak melanda-landa
nak apdet gambar raya pun tak kuasa rasanya
buat je la entry pemanas suasana
** sesaje buat pantun di bulan Syawal ni
Nanti2 aku hapdet citer raya yer
kumpul mood dulu
[lagipun nak edit gambar berlambak2 tu mengambil masa gak kan??]
Ni teaser gambar raya aku tahun ni..
Labels:
Raya
Subscribe to:
Posts (Atom)







