Tuesday, June 23, 2020

BALIK KAMPUNG...OOO.... BALIK KAMPUNG..

Sejak dah PKPP & dah boleh rentas negeri ni moh le kita balik kampung pulak
nak jumpa mak & wan yang dah lama tak dijenguk
Ada le 3 bulan kan tak jumpa... last aku balik pun masa start cuti sekolah bulan 3 haritu
Udah le raya awal raya tak dapat raya bersama
ni sementara masih bulan raya, jom la balik kampung kejap.

Dalam wktu PKPP ni bos suruh datang kerja hari ISnin-Rabu je
so Khamis & Jumaat kita work from hom a.k.a "cuti" le kan
So awal Khamis tu kami pun bertolak le ke Pantai Remis
Malas nak ikut highway, so ikut jalan dalam je
Alhamdulillah perjalanan smooth & takde sebarang road block pun.


Diaorang ni asal masuk kereta je terus lena..hahaha



Drive slow2 je pun.. takyah rushing2 kan 
Dah sampai sini tu kira dah dekat le tu... dalam setengah jam lagi sampai le ke kampung😊

Sedang elok waktu lunch time kami pun sampai
Happy dapat jumpa & peluk mak

Balik kampung kali ni, umah wan dah ada improvement
TV pun dah ada... sebelum2 ni memang takde TV
So boleh bayang le kan cemana bosan & sunyi sepi je rumah tu


Tapi ruang ni jadi sempit pulak untuk jadi ruang menonton
Aku tanya mak, kenapa tak ubah meja makan tu ke tempat lain
Udah dia kata Wan aku tak bagi
Pastu aku pi tanya Wan nak ubah meja tu
Baru la dia kata ubah le nak letak mana pun😅
Aku pun apa lagi... zassss dengan Aleeya pi angkat meja tu letak kat depan..


Aku ubah meja ni ke ruang tamu depan
Situ je yang sesuai nak letak meja tu


Bila meja makan tu dah ubah
Jadi lapang le ruang nak tengok tv ni
Baru la boleh berlonggok ramai2 nak nengok tv kan
Boleh baring2 lagi😆😆


Pastu kat dapur pulak, Wan sudah beli peti ais besor
Lebih besor dari yang sedia ada
Tapi yang lama tu tetap pakai juga
Amboi... senang le mak nak nyimpan lauk pauk nak masak nanti


Next time balik nanti, tah apa pula perubahan kat rumah Wan ni kan
Insya-Allah Raya Haji nanti baru balik lagi.

Balik kampung kali ni alhamdulillah jugak dapat jumpa adik beradik aku yang lain
Cume keluarga Acik yang kat Johor je tak balik sebab tuntutan kerja kan
Takpe la.. Insya-Allah kita kumpul lagi di masa2 mendatang😊









3 comments:

  1. Ambil peluang ke kampung Kan syah bila Ada kebenaran merentas negeri.
    CH balik kg FIL minggu lepas..

    Wah dah Ada TV .. tak bosanlah anak cucu balik ye syah..

    ReplyDelete
  2. Seronoknya kan kalau dapat berkumpul macam tu. Belum lagi ni berkumpul ramai2 sampai sekarang. Rindu jugak suasana raya sebab tahun ni raya time pkp. Mudahnya wan tu berubah suruh alih barang bila syani suruh hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapat balik ke kampung

    ReplyDelete