Friday, January 31, 2020

ADIB DAH TINGKATAN 1

Tahun 2020 ni Adib dah tingkatan 1
Amira pulak dah darjah 1

Tapi cerita pasal Adib dulu la
Pasal Amira next entry pulak

1/1/2020 tarikh Adib kena daftar ke sekolah baru [dan asrama]
Nasib la buat hari cuti, tak payah le mama minta cuti lagi
Pagi2 lagi dah siap2 untuk ke SMK Kuala Kubu Bharu
Perjalanan dari rumah aku ada la dalam 20-30 minit
Amira & Jasmin aku tak bawa pun.. Suruh Aleeya yang jaga sebab takut urusan sekolah & asrama akan ambik masa yang lama
Pastu aku ajak sorang kawan aku & adik aku tolong temankan aku
[tolong angkut2 barang pun ye jugak😆]

Memula buat pendaftaran sekolah dulu
Kena ada disekolah pukul 8pg so seawal pukul 7.15 dah keluar rumah
Sampai kat sekolah kena daftar nama dulu, pastu duduk ikut kelas yang dah ditetapkan. Adib dapat kelas 1 Digital.

Pendaftaran dibuat di dewan besar
Lepas tu biasa la ada taklimat sikit2 dari Pengetua


SMK Kuala Kubu Bharu ni merupakan sekolah kawalan
So memang selektif sikit la pemilihan murid2nya
Tahun ni Tingkatan 1 ada 5 kelas dari pelbagai aliran - Murid KAA [Kelas Aliran Agama], murid dari PLD [Pusat Latihan Daerah - Adib kat sini lah!], murid2 tajaan Yayasan Selangor & murid2 yang memilih & terpilih untuk ke SMKKKB.

Lepas habis taklimat baru la kena pi bayar yuran la, beli kelengkapan sekolah, lepas tu ambil buku teks pulak. Kelas Adib ni pulak kelas yang last sekali ambik buku teks, so tak dapat semua buku teks masa tu. Adib pun dapat 3 buku je. Kemudian baru cikgu bagi kot yang selebihnya.
Lama juga la nak selesaikan urusan2 tu semua sebab ramai kan
Itupun kena cepat sebab pukul 11pg ada taklimat asrama pulak
Kena rushing ke asrama pulak
Nasib la asrama tu sebelah sekolah je.. tapi still la kena naik kereta kan
takkan nak jalan kaki pulak

Sementara Adib pi ambik buku teks sempat la tangkap gambar ni
Nun ha bangunan asrama yang kuning2 tu.
Seberang padang sekolah je


Settle di sekolah, terus ke asrama. Terus dapat parking depan bangunan asrama lelaki [aspura]. Harap2 Adib punya bilik kat bangunan tu la.. senang nak angkut barang nanti😆. Lepas tu kena pi dewan pulak untuk taklimat asrama.


Ni la asramanya...

Cikgu tengah bagi taklimat

Sempat pulak kawan aku candid gambar ni
Tah apa aku cakap kat Adib pun aku tak ingat dah😅😅


Lepas habis taklimat, baru la kena serah borang asrama kemudian baru dapat tahu dapat bilik mana, pastu kena pi beli la kelengkapan2 asrama pulak - cadar, baju batik, t-shirt bla..bla..bla...

Tu dia..... harga kemain kannn


Masa kat koop tu, aku nampak baju batik asrama tu ada yang dah ready made. Aku tanya la budak kaunter tu, baju batik tu ready made ke kena tempah sebab dalam list kata bagi kain je.
Budak tu kata ada yang ready made. Tapi masa tu saiz S & M dah habis. So kena la tempah sendiri... Alamak saiz Adib takde la pulak kan... Udah satu keje pulak nak kena pi tempah baju....[duit lagi kannn]


Lepastu kan aku tanya la bila nak kena pakai baju batik tu? 
Budak koop tu kata hari Khamis & kalau ada majlis rasmi
Aku cek balik dalam buku panduan.. Haah la hari Khamis
Pastu aku tanya pakai pegi sekolah ke?
Budak tu kata ye.

Jumaat pulak kena pakai sepasang baju melayu putih. Yang ni memang aku tak beli la sebab kan takde list.. Nampaknya kena pi beli la nanti.


Pastu aku cakap la kiranya budak2 ni pakai baju sekolah 2 hari je le seminggu ke?
Budak koop tu kata, kalau ada PJ, diaorang pakai T-shirt sekolah..
Ate??? Seminggu sekali je la pakai baju sekolah gamaknya ye
Beria aku spare 3 pasang tau..hahahahah

Aku assume gini la:
Isnin - Baju sekolah
Selasa - Baju PJ (budak tu kata selalu PJ hari Selasa & Khamis)
Rabu - Baju koko
Khamis- Baju Batik
Jumaat - Baju Melayu Putih


Lepas tu berangkut la kami ke asrama pulak
Adib dapat dorm kat Bangunan Tun Mahathir
Dia dapat bilik 1. Dalam tu muat dalam 12-16  orang gak le. Katil double decker.
Yang lagi best untuk si Adib, geng2 PLD dia semua satu dorm
Senang la deme kan...
Ingatkan masa pemilihan PLD hari tu semua 25 orang masuk SMKKKB rupanya 8 orang je yang daftar diri. Tah cemana deme nak main bola tah le... Ada next selection pulak kot nanti.

Mama tolong le kemas2 apa yang patut
Haish.. cemana gaya le anak aku duduk asrama ni kan


Nasib dapat loker beso....
Banyak space lagi boleh bubuh barang
Nampak tak bakul2 tu sedang elok je duduk dalam tu

Sampai pukul 2 petang mengisahkan Adib di asrama.
Lepas tu kata cikgu, boleh la keluar pi makan ke apa 
cuma budak2 kena ada di asrama pukul 6 petang.

Bawa Adib pi makan, dah alang2 dekat dah nak balik aku ajak balik rumah dulu
Sempat la singgah kedai pi beli Baju Melayu putih tu
Tapi aku tertinggal pulak kain baju batik si Adib kat dorm, kalau idak boleh pi tempah baju batik sekali

Lepas Asar, aku hantar Adib balik hostel
Feeling tah cemana rasa tah nak melepaskan anak jauh dari mata
Tapi sebab dekat je, kira tabahkan hati je la
Tetiap minggu boleh pi jenguk kan
Lagipun 2 minggu sekali boleh balik bermalam di rumah.

Ada improvement sikit kat loker Adib
Aku bawa "observator" dr IKEA tu 
Boleh la dia letak tuala/cadar dalam tu



View dari dorm Adib
Perasan tak ada pelangi di situ????



Belakang tu la bangunan hostel Adib
Semua budak baru ditempatkan di sini 
Tapi ada gak yang ditempatkan dengan senior2
Semoga Adib baik2 saja duduk di asrama
Semoga lebih fokus & berjati diri duduk dengan kawan2
Jaga diri, jangan sampai kena buli @ membuli org lain😆😆😆





No comments:

Post a Comment