Monday, January 15, 2018

TRAVELOG UMRAH - KLIA TO MADINAH (DAY 1)

Dah sebulan balik dari umrah tak sempat lagi nak update pasal umrah kami haritu. Nak cari mood mengarang panjang2 ni ambil masa juga ye dak??

Untuk pengatahuan semua aku & keluarga aku menunaikan umrah pada 7/12/2017 hingga 18/12/2017. Kami pergi 7 orang - aku, mak, adik lelaki 2 orang, adik perempuan 1 orang , Adib & Aleeya. Amira & Jasmin aku tak bawa sebab kecil lagi. So aku tinggalkan dengan babysitter. Alhamdulillah babysitter tak keberatan nak jaga anak2 sepanjang 12 hari tu. 

Kami ikut rombongan tempat mak aku mengaji. Tapi kami pergi asing2. Yang dari Ipoh akan naik bas dari Ipoh ke KLIA. Aku dengan anak2 termasuk adik perempuan aku bertolak dari Batang Kali je. Senang dah sekarang ni , panggil je UBER... [haah pi KLIA naik UBER je dari Batang Kali]

Ikut jadual, flight kami akan ke Madinah dulu. Di Madinah 5 hari kemudian baru ke Mekah untuk umrah. Flight kami dijadualkan pukul 10 pagi. Tapi kena ada di KLIA pukul 6 pagi.. Makanya kami bertolak dari Batang Kali pukul 4 pagi. Amira & Jasmin aku dah tinggalkan kat babysitter dari malam tu. Risau kalau pagi2 tu kelam kabut pulak.

Alhamdulillah pukul 5.30 pagi kami sampai di KLIA. Terus pergi tempat ahli2 rombongan yang lain berkumpul. Rombongan dari Ipoh dah sampai KLIA pukul 3pagi. 


Memasing muka eksaited nak naik kapalterbang...


Memandangkan waktu Subuh baru masuk, kami pergi solat Subuh dulu. Pergh ramai giler orang kat surau sebab ramai juga rombongan2 yang nak pergi umrah selain dari rombongan kami. Kasi can la makcik2 dulu pi solat.... Dah reda baru kami pi solat pulak.

Sementara tunggu surau kurang sesak, tangkap la gambar sekeping dua.. Tanda menjakun pi KLIA 
[ni kali kedua aku jejak KLIA pun sebenarnya..hahaha]

Lepas solat, pihak travel agent minta kami bawa beg ke tempat untuk cek in luggage.. Tu dia beratur beg memasing. Aku pesan kat anak2 memasing bawa beg sandang.. pastu satu beg roda tu. Tak payah bawa banyak2 beg. Aku je bawa 2 beg roda tu sebab isi stok makanan...hahahaha. Dan juga sebagai beg spare kot2 tak muat beg masa nak balik nanti.. [mana la tahu ada roh menshopping lak nanti kan...]


Lepas letak beg kat situ diaorang kata boleh la pi breakfast dulu ke apa. Malas nak pi makan kat KLIA nun.. harga tak menahan.. nasib baik la bawa bekal roti, kuih dan sebagainya. Kami lepak je kat situ sambil makan bekal.

Ceria sungguh muka si Adib ni nak pi umrah



Inilah family aku... 
Patutnya Ateh ikut sekali tapi dia pregnant pulak
Next time la ateh kita pi sesama...


Tak lama pastu baru la pihak travel agent bagi taklimat sikit & juga buat penyerahan passport & tiket. Lepas tu baru la bergerak ke kaunter imigresen & naik aerotrain untuk ke tempat menunggu..

Sementara tunggu aerotrain...

Dalam 5-10 minit menunggu baru la naik train. Pastu baru sampai ke tempat menunggu untuk masuk dalam kapalterbang. Jauh juga ye nak gi tempat kapalterbang dari  tempat berkumpul tu. Aku ni tak pernah ke luar negara.. idak le tahu... Ni le baru tahu pun...hahaha. Sampai sini belum pukul 9 pagi pun... Ada sejam lagi sebelum boarding. Lepak2 le dulu. Oh lupa nak habaq, kami naik Saudia Airlines.



Ni la travel agent kami - Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd


Luas ruang menunggunya...


Posing sekeping nak hantar gambar kat Cik Besah..


Ni bukan flight kami tapi kebetulan ada 2 biji kapalterbang SA kat situ.


Alhamdulillah... akhirnya masuk juga ke perut kapalterbang. Baru la dapat tarik napas lega. Akan berada dalam kapalterbang selama 8 jam.. hui... kebas bontot dibuatnya.

Muka hepi dapat naik kapalterbang. Dalam ni diaorang bagi selimut & bantal tau.. Memang sejuk pun dalam tu. Tapi kami dapat seat tengah.. tak dapat la nak tengok pemandangan ...dah le dapat tang sayap.. so agak bising la bunyi dia kan.. Tak kisah le tu... janji sampai..



Unfortunately.... kat baris aku ni tv ni tak berfungsi la pulak... Bosan ya amat... Henfon aku pulak takde game... so sila membayangkan apakah nak buat sepanjang 8 jam tu. Nak tidur tak larat tidur dah 😅. Tido bangun tido bangun tak sampai2 lagi... Naik lenguh tengkuk2 dibuatnya.  Nasib la makannya sedap2... menghayati je la makan  tu.. 


Ni Adib tengah tido... saja mamanya tangkap gambo..Dah le sandar kat bahu aku.. lenguh dibuatnya.


Dah tak larat sandar, baring la pulak.. Nasib la dia kecik, muat la dia nak tido camtu. Aleeya tu dah lentok tahap apa tah.



Setelah 8 jam duduk dalam kapalterbang, akhirnya sampai dah airport Madinah. Masa ni aku tak ubah lagi time kat henfon.  Kiranya kat gambar ni masih waktu Malaysia la. Arab Saudi ni waktunya lewat 5 jam dari Malaysia. Kalau kat gambar ni  waktu Malaysia dah pukul 7.04 malam, tapi kat Madinah baru pukul 2.04 petang.


 Ni baru lepas kat kaunter imigresen.. Jenuh bercakap dengan tok Arab masa dia suruh scan jari jemari kat mesin scan tu... macam cakap ayam itik..hahaha.. Tapi sebenarnya diaroang boleh je cakap Melayu sikit2..

Lepas ambik luggage, kena naik bas pula untuk ke hotel. Memasing dah ditentukan kami bas no berapa sepanjang berada di Madinah & Mekah. So takde la salah naik bas kan. Kami sekeluarga dapat bas No 2.





 Dalam bas otw ke hotel...  Dalam bas ni ada wifi tau. Lepas tu setiap seat ada usb port. Boleh la caj telefon yang dah nazak baterinya tu..syukur...


Sampai di hotel, masa tu dah masuk waktu Asar, so solat dulu kat Masjid Nabawi. Eksaited gile bila dah nampak tiang2 masjid tu. Mutawif suruh kami pi solat dulu kat masjid sementara nak settlekan cek in hotel & dapat kunci bilik. Hotel dengan masjid Nabawi ni dekat je... Hotel kami tu kat gate no 15.

 Syukur alhamdulillah, akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke bumi haram ni. Time ni dah ramai orang ke masjid sebab dah hampir masuk waktu Maghrib. Maghrib kat sana dalam pukul 5.30 ptg


Tu dia hotel kami menginap. Hotel Elaf Taiba. Ni pandangan dari gate no 15 tu.

Keluar je pintu masjid ni dah ada dah peminta2 sedekah ni.. So hati2 la ye.. Mutawif kami dah pesan awal2 dah masa kursus umrah haritu.

Lepas solat, kami pulang semula ke hotel untuk ambik kunci. Kami dapat bilik di tingkat 4. Meh nak tunjuk bilik kami.

Kami ambik pakej untuk bilik ber-4. Tapi yang tak bestnya bilik kami ni mengadap bangunan belakang tu. Dan tak kena matahari pun... Jenuh nak sidai baju. Tapi bilik Adib & adik lelaki aku best sebab mengadap bazar &  kena cahaya matahari. Syok la depa basuh kain kering sokmo..

Ni toiletnya... bersih & air laju. Mandi shower adalah sangat best tau!


View dari pintu masuk. No bilik 415.


Ada tv gak, tapi semua channel cakap arab la... Kartun pun cakap arab.. layan je la..acah2 paham gitu.

Waktu Isya aku tak larat pi masjid.. aku rasa kepala aku melayang2.. Jetlag kot ye... So aku solat kat bilik je pastu aku cakap kat mak aku nak tido.. dah terasa terawang2 kepala aku.. Esok subuh baru pi masjid pulak.

Itu la cerita perjalan aku di hari pertama. Huish memang jauh perjalanan sungguh. Dari naik kereta, pastu naik train, pastu naik kapalterbang pastu naik bas pulak.. Mau tak lenguh badan2 tu. Esoknya ada ziarah dalam pulak. Sambung di entry seterusnya..












4 comments:

  1. Alhamdulillah..
    Sampai dah Syani ke haramain menjadi tetamunya..
    Best lagi dak kakak dan adib pergi sama ye..

    Akak pun pintu 15 juga masuk ke Masjid Nabawi tu..
    Tapi akak duduk di belakang hotel Taiba tu..
    Cuma pergi beli jam kat hotel tu hihihi..

    Akak pergi 24/11/- 5/12/2017 syani..
    Musim sejuk kan waktu..

    ReplyDelete
  2. Ye ke kak.. Akak balik saya pulak pergi..
    Haah Madinah masa tu musim sejuk..

    ReplyDelete
  3. seronok sangat baca pengalaman kawan2 pergi umrah

    ReplyDelete
  4. Baca pun terasa penatnya Syani....Mmg sungguh penatnya tu turun naik kenderaan tu bertukar ganti. Tak perlah penat pun, yg penting, dapat menjejakkan kaki ke bumi Madinah .....hilang segala penat kot!

    Untungkan dapat hotel yg dekat dengan masjid. Hotel pun nampak selesa je tu

    ReplyDelete