Tuesday, October 3, 2017

SAMBUTAN BIRTHDAY MAK

Masa cuti Maal Hijrah bebaru ni
sempat la balik Ipoh jenguk2 mak
Sambil2 tu nak celebrate la birthday mak sekali
Kebetulan adik aku yang kat Kedah pun balik jugak
So meriah la sikit kan..

Kami semua balik pagi Jumaat tu
Lepas Zohor baru kami sampai Ipoh
Pastu plan dengan adik nak bawa mak makan di luar
Birthday girl (mak) pulak tak kisah nak makan kat mana
So kami bawa mak pi makan western
Tempat ni pun kawan yang rekemen..

Kami bawa mak makan kat sini
Restoran Mr  Steak House
Ok la tempat ni luas & cosy untuk family ramai2 ni
Restoran ni pernah masuk JJCM tau

Restoran ni kat kompleks PERNAMA tu
Menghala ke stadium Ipoh

Kat sini semuanya makanan western saje ye
Takde la tomyam siakap bagai tau
Ciken chop lamb chop beef steak ada la...hahahaha

Masa kami sampai tu orang tak ramai lagi
So servis agak cepat la
Sementara nak tunggu makanan sampai
Cam biasa.. selfie la dulu 4-5 keping

Ni dari phone adik aku
Aku tengah sibuk mengorder... tak sempat pandang kamera


Muka2 kelaparan...hahahaha


Birthday girl baru nak pandang kamera...



Budak kecik ni tak sihat sangat
Asyik muntah je..
Nasib la kat restoran ni takde muntah2 
Cuma dia kurang makan je.. tak sedap tekak kot


Budak ni pulak merajuk sebab aku tak selfie dengan dia dulu
Asyik dengan Jasmin je...Takde gambar Mira pun
[tu yang jelir lidah tu]


Budak ni badan tak sihat tapi tangan sihat...
Makanan tak sampai lagi tapi habis dah tisu dia buat main
Dipotong2 dengan pisau pastu dicarik2 sepah atas meja..


Alhamdulillah lega dapat makan malam..
Makanannya..... ermmm idak le sedap seperti yang dijangka
pada aku la... lain orang lain taste kan
Aku boleh bagi 3 🌟🌟🌟 je le...



2 comments:

  1. Hb buat yang diraikan.
    Mana gambar makanannye?

    ReplyDelete
  2. Sanah helwah buat mak syani..
    Semoga panjang umur..
    Murah rezeki..
    Serta dikurniakan kesihatan yg baik..

    ReplyDelete