Monday, May 15, 2017

BUSY WEEKENDSSS

Dari awal tahun sampai la dah nak tengah tahun
Asal hujung minggu je memang busy
Bukan la aku yang busy 
Tapi anak2 aku la..
Busy dengan kelas tambahan & tuisyen
Maklum la tahun ni Aleeya nak UPSR & PSRA
memang jadual diaorang ni full je
So kalau nak ke mana2 tu memang kena tunggu waktu diaorang free

Tu la sebabnya aku pun jarang2 dapat balik kampung
Mahupun ke mana2
Jadual anak2 aku ni walopun hujung minggu 
Dari pagi sampai malam tau...hahahaha

Hari Sabtu, budak2 darjah 6  [Aleeya] ada kelas tambahan di sekolah
dari pukul 8 sampai 12 tengahari
Sebelah petang pulak kelas tambahan sekolah agama pulak
Dari pukul 2.30 sampai 4.30 petang

Adib pun sama juga walaupun baru darjah 4
Hari Sabtu ada kelas tambahan sekolah agama
dari pukul 8 pagi sampai 10 pagi
Tapi kelas tambahan tu dah habis dah bulan lepas
Pastu ada pulak cikgu BM diaorang buat kelas tuisyen
Adib join tuisyen tu ... tuisyen tu buat kat sekolah je

Cikgu tuisyen tolong tangkap gambar



Hari Ahad pulak, siang Adib free
Tapi malam ada tuisyen dari pukul 8 - 10 malam

Aleeya pulak setiap hari Ahad ada study group
Cikgunya panggil program Elit
Tetiap minggu cikgu akan bagi bahan & diaorang kena siapkan la masa studygroup tu
Lokasi studygroup terpulang nak buat kat mana
Tapi kena ada orang dewasa la pantau
Takut depa ni tak study.. kot2 main je kan
Nanti semua akan update la dalam group kelas anak aku tu
[terpaksa la aku join grup2 wasap camni kan]


Ni masa awal2 start studygroup dulu




Semoga anak2 ni berjaya dalam pelajaran diaorang
Ibu bapa hanya mampu sediakan yang terbaik, menyokong &  mendoakan mereka sahaja.


** Nebes pulak bila ada anak nak periksa beso ni kan??


3 comments:

  1. Semoga anak2 Syani akan terus berjaya dunia akhirat..

    Akak tahun lepas yg sibuk sesangat sebab Najeeha UPSR dah lah format baru..
    Siang malam tuisyen..
    Sabtu ahad pun penuh..

    ReplyDelete
  2. Mmg bizi Syani kalau ada anak yg pekse beso ni. Tak sompek nak bernapehlah kekdahnya hihi...
    Betul tu kita sebagai ibu bapa mampu menyokong dan mendoakan ajelah

    ReplyDelete