Basikal ni ada banyak jenis
BMX la, mountain bike la, chopper la, fixie la dan lain2
Pastu nak kayuh kat trek lain, kat jalan raya lain, kat hutan [off-road] lain
Aku ni pun sebab arwah suami aku ni terjebak dengan hal ehwal basikal
tau la sikit2 pasal basikal ni walopun aku ni tak minat sebenarnya.
Sebelum ni arwah kayuh basikal yang ala2 mountain bike je
Kayuh basikal ni pun sebenarnya terpengaruh dengan abang dia
Memula sikit2 lepastu jadi hobi katanya
Siap pesan kat aku dulu "SAYANG JANGAN SEKAT HOBI ABANG"
Cesssss
Pastu setahun dua ni dia terjebak dengan FATBIKE pulak
Fatbike ni basikal tayar gemuk
Selalu orang guna untuk kayuh off-road
Ala keluar masuk hutan gitu
Ni la fatbike yang arwah guna dulu
Tetiba terselit basikal fixie Adib kat tengah tu
Fatbike yang belakang tu abang ipor aku punya
[tumpang basuh kat rumah aku]
Ni arwah suami aku tengah beraksi dengan fatbike
Kalau korang perasan gambar2 arwah ni aku blur2 kan gambar lutut tu
Ye la.. bukan orang pompuan je kena tutup aurat
Lelaki pun kena dijaga juga auratnya
Tu kepala lutut tu masih termasuk dalam kategori aurat tau!
Aku dah pesan kat dia beli seluar yang panjang
Dia kata nanti dia beli
Tapi udah tak sempat la dia nak beli kan.
Semangat berkayuh arwah ni
Tapi maaf la, aku memang tak ambik tau hal2 kayuh basikal ni
sebab aku tak minat
tapi aku support je la dia mana yang boleh
Nak main basikal ni pun kena standby duit banyak tau.. harga basikal je pun dah riban2
Belum masuk sparepart, rim, tayar & accessories lagi..huiii
Ha ni gambar arwah masuk paper metro kot
Ada wartawan buat liputan pasal aktiviti group Fatbike yang arwah ni join
Menjakun la dia pi beli paper tu
Eksyen la dia hari tu... siap cakap
"ingat artis je ke dapat masuk paper? Abang pun dah setaraf artis dah sekarang.."
Adoi.. laki aku ni.. bab melawak memang no 1.
Sekarang ni fatbike arwah suami aku, abang ipar aku yang guna
Kalau dibiar dalam stor rumah aku
Alamatnya mereput je la...
Kalau dia nak jual pun takpe la.. janji duitnya bagi kat aku kannnn..hahahaha.
No comments:
Post a Comment