Friday, June 17, 2016

TEKO HIKMAT

Teko ni selalu orang buat bancuh air kan
Tapi teko ni la salah satu komunikasi kami
Hahaha... 

Sebabnya dalam teko ni la hasben selalu tinggal duit belanja
yang sepatutnya dia bayar tetiap bulan
Maklum la arwah dulu keje syif, so memang kesempatan nak jumpa & berkomunikasi tu terhad
Kadang2 kalau tak sempat bagi by hand, dia letak la duit tu dalam teko
Pastu nanti dia whatsapp la

"Yang, duit rumah & duit kereta abang dah letak dalam teko"
"Duit yuran anak ada dalam teko, nanti ambik la"
"Abang dah letak duit dalam teko, jangan lupa ambil''
"Duit Ila (babysitter) ada dalam teko, abang letak tadi"



Itu la pesanan2 dia setiap kali dia gaji
Sekarang teko ni dah terbiar kosong, tanpa isi
Syahdu bila tengok teko tu

Teko ni lokasinya dalam kabinet buku
Tapi sekarang aku dah  transfer teko ni kat dapur
Bersama cawan2 yang lain...


7 comments:

  1. Tinggi sentimental value teko ni .. kena jaga baik2 😊

    ReplyDelete
  2. Kakak rasa banyak lagi yg ada di dlm rumah itu menjadi nostalgia ketika bersama. Syahdu rasanya...

    ReplyDelete
  3. hai lah teko. dah sampai ke dapur tu guna untuk buat air pulak yer :)

    ReplyDelete
  4. Sentimental memories kan...subhanAllah :)

    ReplyDelete
  5. selamat berpuasa syani... semoga arwah dicucuri rahmat... in-shaallah

    ReplyDelete
  6. Banyak kenangan syah..
    Mahu tak terasa kekosongannya..
    Semoga syah terus tabah..

    ReplyDelete