SEMINAR KELUARGA SUNNAH
Memang dah lama aku nak pergi tapi semua venuenya cam jauh2
pastu pulak hasben aku ni memanjang tak available..
Asyik kerja & dengan aktiviti/hobi dia je..hahaha
Pada aku seminar camni kalau pergi dengan pasangan lebih bermakna dari pegi sorang2 kan.
Tah cemana terjumpa iklan seminar ni kat fb
dan kebetulan aku memang folo fb Ustaz Ebit Lew
[dan dah ditakdirkan satu petang tu aku terdengar radio IKIM & masa tu ustaz Ebit tengah promote seminar ni]
Macam terasa dipanggil2 untuk hadiri seminar tu
sebabnya lokasi seminar tu dekat MATRADE je...
Terus aku tanya hasben nak pegi tak seminar
Dan tanpa hok tanpa hek, dia kata OK
[macam tak caya je... selalu mesti dia cam keberatan]
Siap aku wasap dia iklan seminar tu
dan kebetulan seminar tu dibuat hari Ahad.. so memang dia tak kerja kan
Siap aku suruh dia block tarikh tu untuk sebarang aktiviti dia..
[sebulan awal dah inform tu..hahahaha]
So esoknya tanpa lengah2 terus daftar untuk seminar
terus buat payment sebab takut tempat takde @ hasben berubah fikiran pulak
Then aku deal dengan babysitter untuk jaga Jasmin & Amira masa aku attend seminar
Adib & Aleeya aku suruh diaorang stay kat rumah opah
Pagi Ahad kami bertolak ke tempat seminar
Keluar pagi cam nak pegi kerja.. hari Ahad tu harap2 jalan tak jem la
So kitaorang dah boleh estimate masa untuk sampai
[dalam sejam juga la perjalanan dari rumah]
Alhamdulillah, dipermudahkan untuk sampai
Dah le first time sampai situ
Pastu terus tuju tempat pendaftaran... ramai juga masa ni tapi cepat je urusannya
Patutnya seminar start pukul 9pg tapi dilanjutkan hampir 9.30pg
Masa tengah beratur untuk pendaftaran tu dah nampak Ustaz Ebit lalu untuk masuk dewan
[Kecik comel je ustaz tu..]
Dewan seminar agak besar & selesa la
Pastu lelaki & perempuan dipisahkan tempat duduk
so aku & hasben memang takleh duduk sekali
Sampai kat tempat duduk, atas kerusi dah disediakan roti, air kotak & buku nota
Ok gak tu untuk lapik perut sepanjang seminar tu.
Kalau korang memang folo fb Ustaz Ebit, macam tu jugalah cerita dia dalam seminar
Ustaz ni boleh tahan juga kuat seloroh tu yang sepanjang seminar tidak le boring
Sepanjang satu hari tu, hanya speakernya Ustaz Ebit sahaja
Kalau seminar keluarga sunnah sebelum2 ni kan ada beberapa orang speaker jemputan
Intipati seminar tu apa yang aku dapat:
- Takde jalan lain untuk bahagia melainkan kena kenal & cinta Allah
- Takkan kecewa & sia2 keluarga yang membawa & mengamalkan sunnah Rasulullah
- Betulkan niat & matlamat perkahwinan kita --> Nak redha Allah dan nak membawa pasangan dan anak2 masuk syurga
- Jika ditimpa musibah itu tandanya ada rahmat Allah nak datang, so kita kena bersangka baik dengan Allah
- Baiki solat, lazimi solat sunat, solat awal waktu, jaga solat, lelaki solat berjemaah di masjid
- Bersyukur kerana Allah pilih kita jadi ISLAM
- Bersyukur dengan semua pemberian Allah kerana yang Allah bagi semua yang terbaik untuk kita.
- Hargai pasangan, buat banyak benda bersama pasangan - makan, minum, tidur, mandi, solat
- Wujudkan suasana taalim dalam rumah ---> bacakan hadis Rasulullah setiap hari
Dan banyak lagi la.. sampai tak tertulis kat sini..hahahaha
Sampaikan sebelum balik dia pesan sebelum sampai rumah pergi beli dulang & buku hadis nabi. [aku sendiri pun tak beli2 lagi]
Sebelum habis seminar, kami sama2 berdoa. Doa dipimpin oleh Ustaz Ebit.
Tapi masa doa tu memang syahdu... memang mengalir air mata masa Ustaz Ebit berdoa sama2 dengan kami.
Apapun, pengalaman pergi seminar macam ni memang satu pengalaman baru. Niat aku ke seminar tu hanya nak dapatkan ilmu untuk perbaiki kekurangan dalam keluarga aku. Tak kira la tak dapat banyak, dapat sikit pun jadi la.. Dah dapat ilmu tu kena la kita manfaatkan juga kan..
-Thank you hubby sebab temankan isteri ke sini-
So korang kalau ada kesempatan @ peluang pergi seminar macam ni, sila lah pergi. Insya-Allah tak rugi. Jom sama2 membentuk keluarga sunnah dalam keluarga kita.
Good info :) Selalu bersangka baik dengan Allah walau ditimpa musibah.
ReplyDeleteBanyak info kita dpt bila hadiri seminar macam gini...dpt perbaiki diri ke arah kebaikan..alhamdulillah
ReplyDeletebagusnye dapat joint seminar camnih.
ReplyDeletetambah ilmu kekeluargaan.
Zura kalo ade peluang nak sgt joint seminar mcm nih.