sebab taknak kejadian terlekat cepat cam Amira-Jasmin kononnya
Kaedah ni je yang pada aku senang & mudah & murah..hahahah
Kaedah yang lain2 aku tak pernah try - IUCD, Implanon, Injection
Kiranya dah setahun lebih aku makan pil perancang ni
Dah 2 jenis aku makan
memula tu Noriday, pastu Oralcon pulak
ni pun semua supply dari KK.. tak beli pun...
Oralcon ni nurse ganti selepas Noriday
start Jasmin dah tak menyusu badan
So far aku makan pil perancang ni, ok la
takde la aku loya ke, pening ke, gemuk berlebihan ke
Yang pastinya berat tu maintain je.... makan banyak ke sikit ke, itu la beratnya
setahun berat aku macam tu je...
Kalau dapat berat badan ideal ok le nak maintain tapi ni dah kategori obes dah ni..hahaha
Habis tu kenapa nak berenti makan pil?
Ehem... aku nak berenti bukan sebab aku nak mengandung lagi tau
tapi sebab aku dah terasa kesan2 tak baik makan pil perancang ni
memang selama ni aku tahu makan pil ni tak elok kalau digunakan untuk jangka masa panjang sebab banyak side effectnya
Aku target makan pun dalam setahun-2 tahun je
pastu pepandai la rancang sendiri kan..
Dalam masa yang sama aku pun nak kena kurangkan berat badan
maklum la badan dah tua ni, dah tak fit
cepat mengah2... badan pun terasa berat
metabolisme pun dah rendah kan.. tak macam masa umur 20-an dulu
Bila makan pil ni, memang proses turun berat badan tu sangat sangat lambat
Buat le cemana pun, nak turun 0.5kg pun adalah sangat2 susah
[patut la berat aku dari lepas bersalin statik je sampai sekarang]
Pastu ada la dua tiga sebab lain yang aku rasa mungkin disebabkan makan pil ni
Aku rasa sapa2 yang biasa makan pil perancang boleh tahu kot
Pil ni kan ada mengganggu hormon
so bila hormon terganggu @ tak stabil macam2 la yang tak kena dengan badan kan
Nak2 pulak aku yang dah diambang 40-an ni... banyak benda badan dah takleh nak accept..
so simptom2 ni kadang2 bother aku juga so tu sebab aku decide nak berhenti dah
Lepas ni pepandai la merancang sendiri
Rezeki pun datang dari Allah.. berserah saja
Kalau ada lagi Allah nak bagi, terima sajalah
kalau takde pun, memadailah dengan rezeki yang ada..
** Sibuk2 nak berenti pil perancang, pap smear pun aku tak buat lagi.. Sampai nurse pun kadang2 call tanya bila nak buat pap smear...
pernah makan dulu sampai 3-4 tahun..berhenti pakai iucd..pastu dah malas dah..lepas bersalin Afif..rancang sendiri..kekadang jer makan ubat tu pon bukan yg jenis makan hari2 ..tahan jugak sampai 4 tahun..last2 lekat jugak bila dah masuk 40an ni..Syani..rancang sendiri sebenarnya lg baik..tapi pandai-pandai la..hihi..selagi belum menopause..jaga2..:)
ReplyDeleteseumur hidup x pernah ambil pil perancang..rancang sendiri..hati2 tau takut bila rancang sendiri
ReplyDeleteAbis tu sis berhenti mcm mana ..terus stop je ke.. ke Ade procedure lain..
ReplyDeleteSaya makan pil perancang ni cukup2 lama..dlm berbelas tahun dah..tak tau la mcmana kesan sampingan dia..rasa mcm biasa2 je...😅saya tak tau nk rancang sendiri,saya ni jenis gelojoh..kalau saya tak mkn ubat,..rasanya boleh buat team bola kot
ReplyDeleteLama nya puan..TK de kesan apa APA ke puan..umur puan brpa sekrg..
Delete