Tuesday, November 24, 2015

TIPS MENGGAYAKAN BLOUSE COTTON

Siapa minat pakai blouse?
Material apa yang korang suka untuk blouse korang?
Lycra? Chiffon? Cotton? Viscose? Crepe?

Aku ni pun salah sorang peminat blouse
Asal nampak blouse yang lawa mulalah rambang mata kan
Dan aku jarang memilih material apa untuk sesuatu blouse
Setiap jenis material ada la kelebihan & kekurangannya kan
Macam chiffon sifatnya manja tak boleh nak lasak2 sangat
Cotton pulak sangat selesa & tahan lasak tetapi cepat sangat kedut



Kalau ikutkan sebenarnya, tidak ramai yang menggemari blouse cotton dan rata-rata wanita lebih gemar memakai fabrik lembut seperti chiffon dan lycra. Namun, masih ada juga segelintir golongan yang masih setia bersama fabrik cotton terutama sekali mereka yang ingin kekal selesa sepanjang hari.

Berbanding fabrik yang lain, cotton merupakan jenis fabrik yang paling tidak panas namun mudah renyuk. Fabrik cotton ini juga merupakan jenis fabrik yang paling sesuai dipakai di negara kita kerana cuaca yang panas sepanjang tahun.

Untuk anda yang juga merupakan penggemar fabrik cotton, berikut merupakan beberapa tips ringkas cara bergaya dengan memakai blouse cotton;   


Tips 1 : padankan dengan jeans

Jeans merupakan satu-satunya jenis bottoms yang paling versatile dan boleh anda gayakan dengan apa jua jenis tops. Blouse cotton tidak terkecuali dan padanan bersama jeans merupakan kombinasi yang amat ideal!



Tips 2: Padankan dengan seluar slack

Untuk kelihatan lebih formal ke pejabat, bolehlah padankan blouse cotton dengan seluar slack. Padanan ini juga boleh dijadikan pakaian kasual di hujung minggu. 



Tips 3 : Padankan dengan skirt

Untuk penggemar skirt, blouse cotton ini sesuai digayakan bersama koleksi skirts denim atau leather skirts untuk penampilan yang lebih ‘balance’. 




-gambar hiasan-

Senang je kan tips2 tu. So sekarang sesiapa yang ada blouse cotton, bolehlah bergaya dengan blouse masing2.  Kalau belum pernah ada blouse cotton, silalah beli sehelai dua. Rajin2 kan le tangan tu pegang seterika...hehehehe

3 comments:

  1. saya lebih suka blouse dari kain chifon.
    rasa lebih selesa di pakai. hehehe

    ReplyDelete
  2. Good tips yani..
    Akak pun suka pakai blouse cotton ni :)

    ReplyDelete
  3. Suka cotton selesa pakai dgn jeans...

    ReplyDelete