Kalau menggosok baju memang aku perlukan iron board
especially bab2 nak gosok kemeja & baju sekolah
Dulu2 takat bentang selimut pastu hampar je atas lantai, pastu iron la atas tu
Tapi sejak belajo pakai iron board ni, memang sangat2 membantu tau.
Sejak aku kahwin dah berapa banyak iron board aku pakai
Ada yang patah tang kaki , ada yang patah kat papan
Kalau tak silap aku ni iron board ke-4 aku beli kot
So far takde la lagi patah riuk
Cuma tang lapik tu kainnya dah terbako [sebab iron panas sangat]
Pastu mula la berlubang, pastu dah nampak papan dalam tu
Sangat2 tak selesa bila iron sebab kadang2 serbuk2 papan tu pun keluar sekali
So solution yang mudah & jimat
[hasil dari carian di youtube]
so aku DIY je la lapik iron board tu
guna bahan yang ada kat rumah je [jimat duit takyah beli lapik iron board baru]
Bahan2 utama:
1. Iron board yang nak di repair
2. Staple gun & dawai kokot yang mencukupi
3. Kain untuk alas iron board [ikut tebal mana korang nak]
4. Kain untuk balut iron board [seeloknya material cotton ye]
Ni ha rupa staple gun kot2 ada yang tak kenal
Ni pun aku pinjam opis punya..hehehe..
So jom mulakan projek yang tak sampai 10 minit ni
Pertama sediakan iron board korang tu
Ni iron board aku yang dah berlubang tu
Bawah kain tu ada span, tapi nipis sangat
Tu yang boleh terbako sekali dengan kain sampai nampak papan dalam tu
Next, korang ambik kain untuk alas iron board korang
Dan ikut la ketebalan yang korang suka
Kalau yang ada span, nak letak span pun boleh
Ekceli aku cari selimut lama aku yang dah koyak tu
Tapi aku dah tak ingat letak kat mana
So aku gantikan dengan sarung bantal peluk panjang tu
Ngam2 pulak sama panjang dengan iron board aku tu
Sarung bantal ni jenis yang ada quilt tu
So tebal la sikit jadinya alas aku tu
Oh ye, aku bukan sarungkan iron board tau
Aku just letak je atas papan tu
Seterusnya, ambik kain yang korang nak balut lapik iron board tu
Aku guna kain pelikat hasben aku yang dah koyak je
Kainnya pun sedap buat alas gosok baju
So belasah je la
Kain ni korang ejas la besarnya kasi ada lebih2 kat kiri kanan atas bawah
supaya senang korang nak lipat & staple kat bawah papan tu nanti
Lepas tu korang balut la macam korang balut hadiah tu
Setiap pelipat tu make sure korang staple kuat2 tau
Kang tak lekat lak
Aku memula staple kat bucu2 je pastu aku terbalikkan iron board tu macam ni
Kat sini korang kemas2kan lipatan korang
dan staple la kat tempat2 yang sesuai
Aku ni lipat ikut dan je so tak kemas sangat
Pastu aku tak rajin nak buka skru bagai.
So mana tempat yang takleh nak celuih kain tu
aku lipat staple je kat tepi2 skru tu
Lagipun belah bawah kan.. lantak le hodoh pun
Sapa nak tengok kan.
Make sure before staple tu kain korang dah tarik tegang2 ye.
Bila dah puas hati, tegakkan balik iron board tu
TADA!!!! dah siap
Jeng..jeng..jeng..
Fuh...fuh... siap tak sampai 10 minit pun
Aku buat selepas sembahyang maghrib semalam
Cepat2 buat sebab pastu nak kena ambik anak pulak kat rumah pengasuh..
Hari ni semangat gosok baju
Sebab rasa cam pakai iron board baru..
nice ! boleh try ni. papan iron rumah Lissa pun dah usangg.. haha
ReplyDeleteMemang jimat belanja tu Yani..
ReplyDeleteSyok lah malam ni iron baju guna lapik buat sendiri tu..
:D
huhu...staple gun tu.. mano lah nak pinjam..haha... idea bagus.... lapik iron kalo beli ready-made pon dah cecah RM20 lebih... ^_^
ReplyDeletewah wah wah!
ReplyDeletemeh sini buatkan untok uncle pulak!