Tuesday, September 22, 2015

PANTAI KLEBANG

Salah satu tempat femes di Melaka, tentulah Pantai Klebang
dan yang paling sinonim tentulah Coconut Shake kan
Aku yang dah 3-4 kali pegi Melaka ni pun tak pernah dapat try lagi coconut shake ni

Hari pertama sampai Melaka pun dah singgah lalu Pantai Klebang ni
Tapi takat round2 tengok kawasan je, tak singgah pun
Plannya nak ke sini esoknya sebelum balik

So masa hari balik tu, lepas check out, kami pun bergerak pulang
Tapi sebelum tu kena la tangkap gambo reramai dengan ahli2 konvoi
Ni kat luar hotel
Tetiba tersama kaler lak dengan T-shirt kelab depa  ni..hehehe
Nasib la...

Next kami pun bertolak ke Pantai Klebang
Konon nak singgah minum coconut shake
sekali tengok barisan panjang, deme tak nak berenti
frust ai tau!

Sampai kat Pantai Klebang, deme singgah situ
[tengahhari buta tu...apakah???]
Aku ingatkan nak lunch, tapi idak juga berenti tempat makan
Last2 berenti je tepi2 tu... aku pun tak tahu apa motif

Panas wei.... dah le jerebu

Lepas tu aku tak tahu apa aktiviti yang lain2
Dan kami tercongok je kat situ tanpa ada aktiviti2 yang munasabah
Tu la aku kata apa motif tu???

Aku pun tak tahu apa yang best Pantai Klebang ni masa time2 camtu
tengahhari rembang

Panas sampai aku nak celik mata pun susah..hehehe
[tangkap gambo buat syarat je...]


Sementara deme yang lain buat aktiviti sendiri
Hasben aku belikan tikar
Pastu aku duduk je kat pantai tu sambil suap Jasmin makan
Yang lain2 tu ada la main pasir la, naik kuda la, main belon la
Walopun konvoi ni katanya santai2, aku tak rasa santai langsung.... stress je
Cemana la kome boleh suka konvoi2 ni??? Tak paham aku.
Memang bukan jiwa aku konvoi2 tak tentu arah cenggini...huhuhuhu

Lepas membuang masa sejam dua kat Pantai Klebang tu
Kami pun bergerak pulang... baru nak cari lunch katanya
Dah dekat pukul 3 kot masa tu...adoyai
Perut aku dah keriut2.. harapkan makanan masa breakfast tadi je
Pastu takat makan rapu2 dalam kereta tu mana la nak kenyang kan
Orang2 konvoi ni perut tahap apa tah.. tak lapo2 ke deme ni???

Last2 berenti makan dekar RnR Simpang Ampat tu
Aku tak kira la.. janji makan... kepala pun dah tingtong sebab perut dah masuk angin
Duduk kat RnR sampai dekat kul 5 kot pastu baru masuk tol.

Aku ingatkan deme ada la singgah mana2 tempat untuk beli souvenir
Har..har.. harammmmmm wei....
Langsung takde ole2 untuk aku beli kat Cik Besah ngan kengkawan opis
Adeh... apa la deme ni...
Huh.. memang trip yang tah apa2 betul la...

"ABANG, AI IS TAK PUAS HATI PEGI MELAKA KALI NI
SILA REPEAT OK... AND NO KONVOI2 NI HA!!!!"
[pastu sila bawa duit bebanyak ye]

Tamat dah kisah short trip ke Melaka
Very unpleasant tau... 
Banyak tempat tak pegi + takde tentatif yang teratur
Dah le kita jarang pegi, bila pegi tah apa2 pulak pengisiannya.. wasted tul la
[konvoi bazir duit minyak namanya ni]

#anti konvoi
#konvoibukanjiwaaku
#konvoiyanghampeh

Kot2 ada ahli konvoi yang terbaca/terserempak/terusha blog picisan ni, aku cuma expressing my feelings je... Takyah nak sentap2 sangat.. LOL.!!



5 comments:

  1. hihi..sabar je la..terkena konvoi yg camni..sbb tu apapun kena ada plan..baru teratur..tak pe pasni gi lagi buat plan betul2..bagi akak klu ada anak kecik memang x gemar nk konvoi2 ni..sendiri2 lg best..:)

    ReplyDelete
  2. Konvoi seronok kalau betul2 ada tentatif program. Kalau ke laut ada aktiviti laut kalau ke sungai lain pulak aktivitinya. Salahkan AJK le gitu.

    ReplyDelete
  3. tak pernah berkonvoi ni ,,, suka pi trip family je

    ReplyDelete
  4. konvoi ni org lelaki suka la..

    ReplyDelete
  5. Hehe, kalau gini citenye memang tak syok..teringin gak nak g jalan2 melaka, dah 2 3 kali singgah solat je, otw balik dr ipoh ke johor..

    ReplyDelete