Tuesday, July 28, 2015

LEGA BILA DAH HANTAR BORANG GST

Ini first time nak submit borang GST kat kastam
Kompeni aku kena submit setiap suku tahun
So untuk tempoh April - June 2015, kena submit sebelum 31/7/2015 ni

So bulan Julai ni agak sibuk la
[buat2 sibuk pun ada juga, sibuk nak raya lagi kan..]
Kalau ikutkan transaction untuk kompeni aku tak banyak mana pun
Income pun tak berapa nak ada
so takde la banyak sangat menda nak isi dalam form GST-03 tu

Konon nak submit sebelum raya
tup2 ada statement tak sampai lagi
last week dah sampai, cepat2 buat pastu terus submit

Nasib la pakai online je..
guna TAP je [Taxpayer Access Point]
Klik2 , isi2 amaun pastu send.. settle!
Pastu print je la copy form & resit submission untuk simpanan office.

Lega bila dah settle benda ni...
Tunggu bulan 10 lak untuk submit lagi..

#kejeorangakaun



1 comment: