Monday, April 14, 2014

BIRTHDAY & BERSARA

13.04.2014 - Genap usia abah aku yang ke-60
Dan tahun ni abah telah tamat perkhidmatan sebagai penjawat awam
Yup... abah aku dah pencen
Mak aku pulak dah pencen 2 tahun lepas
Lepas ni apa planning duo pencen tu tak tahu le...

Memandangkan aku tak balik Ipoh wiken lepas
So tak dapat la nak celebrate birthday abah
Ate... nak buat cemana dah laki teman kene koje
Gambar2 ni pun adik aku yang hantar melalui wasap

Atok bersama susu bongsu setakat ni...
Geram tengok si Darwisy ni... seketul je dia duduk kat riba atok..


Celebration sempoi je
Yang ada cuma adik aku yang Acik & Ateh [wif family masing2]
Kek pun homemade oleh mak aku
Mak aku sejak pencen ni rajin beno masak kek...


Pastu deme belanja abah aku makan Nasi Arab pulak
Wahahahaha.. dengkinya tak dapat join

Ok pasni bila semua kumpul kita celebrate lain pulak ek
Tak aci ooooo

Kejap je masa berlalu... abah ngan mak dah meniti usia emas
Teringat masa kecik2, abah hantar aku gi sekolah pagi2 naik motor 
Dalam sejuk2 atas moto tu abah suruh aku peluk pinggang dia kuat2
Bila abah tak sempat ambik, abah suruh Uncle Maniam [gardener sekolah] tolong ambik aku dari sekolah
[Tetiba emo...hahahaha]

Walopun aku tak rapat sangat dengan abah
Tapi aku tetap sayang abah 
Semoga abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dimudahkan segala urusan, dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.



2 comments:

  1. selamat hari lahir pak cik..
    semoga pakcik sentiasa sihat dan bahagia.

    saya pon x dpt nak celebrate birthday mak haitu.. tengok gambar kat wasap jer lah.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. apapun kita doakan untuk kedua ibu bapa kita teus yer... happy belated birthday uncle !

    ReplyDelete