Genap sebulan dah kena bawak baby gi cucuk kat klinik
Untuk pertama kali ni kami pegi je la dulu klinik kerajaan
[klinik batang kali tempat aku buat cek up dulu la]
Hari tu nurse kata datang pukul 10pg
So aku yang lurus bendul ni pun pegi la pukul 10
Amira pulak mandi awal semalam.. pastu bagi nenen & Amira sambung tidur
Ingatkan dalam sejam boleh setel la...
Aku pun dah bajet time la nak perah susu waktu balik dari klinik kononnya
First time keluar rumah selepas bersalin... Elok tido je dalam kereta...
Sampai kat klinik, Amira tido je... Orang tak ramai pun tapi lambatnya nak tunggu giliran. Yang paling bengang bila orang yang no gilirannya lepas kitaorang kena panggil dulu. WTF???? Mula la nak mendapat carutan kan... Kalau tau camni punya lambat baik la aku datang pukul 11 je.
Pastu kena cek dengan nurse [dapat pulak nurse lembab]. Tension aku oi... Nasib la aku datang dengan hasben, kalau aku datang sengsorang, jenuh juga.. Nurse tu pulak asyik tanya soalan ulang2. Amira pulak dah melalak kat hasben aku. Nak susu la tu kan.. Baju aku pun masa tu dah basah lenjun dengan susu.. Lagi la tension dan rimas... Dah le tu siap ada borang soal selidik bagai nak kena jawab...
Pas jumpa nurse, kena jumpa doktor pulak.. Sib baik la kejap je jumpa doktor tu. Yang kelakarnya, doktor tanya "dah cek telur dia ada 2 tak?".. Aku yang blur2 ni, terus tanya "telur"?? Telur apa? Pastu doktor kata telur kat kemaluan baby la... Pastu aku jawab la.. anak saya pompuan pun ada telur ke??? La.. terus doktor tu kata, saya ingatkan baby lelaki sebab pakai baju warna biru cam boy la.. Kui..kui..kui... Takkan la doktor tak perasan, buku baby aku tu kaler pink kot!!!! Selamba je ku jawab pastu, saya recycle je baju abang-kakak dia.. Mana muat saya pakaikan je... [Tak pasal2 doktor dah tersalah faham]
Pas jumpa doktor kena cucuk la pulak. Masa aku keluar dari bilik doktor, cuma ada laki aku sorang je kat tempat menunggu tu. Memang kiranya kitaorang ni orang last la dalam klinik tu. Masa tu dah dekat 12.30 dah. Bayangkan le punya la lama kat klinik tu.. Hampeh tul.
Masa cucuk, biasa la.. melalak la si Amira.. Kena cucuk kat peha lak tu..hehehe.. Sian anak mama, menangis sampai merah padam muka. Lepas cucuk cepat2 sapu minyak cap kapak kat tenpat cucuk tu. Insya-Allah baby tak demam & tempat cucuk tu pun tak sakit @ berketul. Lepas sapu minyak ni terus la si Amira diam.. sejuk kot..
Minyak emergency la katakan..
Hasil cek up semalam.... Amira telah membesar dengan jayanya.. Banyak jugak naik berat dia.. Naik dekat 1kg dari masa dia dilahirkan... Alhamdulillah...
Next appointment bulan 5 lak.. Nak pi kerajaan ke swasta?? Tensen la kalau kena tunggu lama.. Patutnya utamakan la orang yang ada baby sebab baby ni kan cepat cranky.. Sabo je la...
bila anak semua dah besar2 ni SYANI tak adalah masuk klinik kerajaan...dari anak first hingga 5 sinilah tempat bawa mereka check...
ReplyDeleteaduh masih ada yang mengeluh lagi datang klinik...sabar sajalah
berguna juga miyak cap kapak ni..
Comel betul baby die..dh beso agaknya sekarang..
ReplyDeleteComel betul baby die..dh beso agaknya sekarang..
ReplyDelete