Semalam telah membeli penggantung baju untuk MIL aku
Ekceli bukan la untuk dia sebenarnya tapi untuk aku menggantung baju sekolah anak2 aku
Anak aku si Yaya kan ke dia yang jaga
Ni nak2 pulak minggu depan sekolah pun dah nak mula, so akan bermula la rutin harian Cik Besah menguruskan budak2 ke sekolah.
Selalunya baju sekolah Yaya aku gosok stok seminggu pastu pi hantar rumah Cik Besah
Biras aku pun sama la..
So bila ada penggantung ni senang la kitaorang nak gantung baju yang dah digosok tu
Selama ni Cik Besah suh gantung kat mana2 tempat yang boleh gantung la
Kat tingkap, kat pintu almari, kat kerusi
[mana la tak semak mata memandang sebab baju berselayut sana sini]
Semalam terus tuju Cosway untuk redeem benda ni
Aku redeem pakai kupon je... tak yah kuar duit
Ekceli aku pun dah terlupa pasal kupon ni.. sib baik la biras aku dok citer pasal Cosway
Bila aku tengok kupon, banyak kupon tu bakal expired 31/12/2012
Jadi better la aku redeem cepat2 kan.. sebelum expired kupon tu
Ha ini le garment rack yang aku beli untuk Cik Besah
-pics cilok dari pakcik google je-
Camni la rupanya penggantung baju tu lebih kurang. Tinggi rendah boleh ejas. Kiri kanan pun boleh ejas.. Bawah tu boleh la letak kasut2 sekolah ke @ beg sekolah ke.. Organize la sikit rumah Cik Besah nanti..
akak skrg ni kalau nak beli barang angkut balik rumah, kena fikir mcm2...especially ruang. huhu..
ReplyDeletesenang nak gantung baju...mcm akak gosok utk seminggu mmg kena beli mcm ni SYANI...
ReplyDeletesorang anak 3 pasang baju..bayangkan he..he..
Kak Yana Halim,
ReplyDeleteMemang la kak.. tu yang beli jenis camni dpd beli almari..hehehehe
Qhaifa Nurin,
ReplyDeleteBetul kak... senang nak gantung baju sekolah anak2..
nik pun suka guna yg mcm ni.. kie terus je angin kan baju.. takdela mengepam je bau.. walaupun dah nak basuh
ReplyDeletehajat di hati nak beli jugak bende nih.. tak kesampaian lagi~
ReplyDelete