Wednesday, June 27, 2012

MERTUA vs MENANTU

Ini bukan pasal drama yang kat Astro tu tau tapi ini realiti  kehidupan semasa.
Ekceli lama juga nak mengarang entry camni. Bila dah siap tak tahu nak publish ke idak...


Bila kita dah berkahwin, tentu la kita akan ada pasangan, mertua & ipar duai
Selagi tak kahwin, memang la takkan ada sampai bila2
Tapi bila dah ada mertua & ipar duai ni, kita sebagai menantu kena la pandai ambil hati kan
Kena pandai menghormati & pandai bertolak ansur

Tapi maybe sebab zaman dah moden, respect pada ibu bapa pun dah makin kurang
Apatah lagi dengan mertua kan?? Sepatutnya kita hormatkan mertua macam kita hormatkan mak ayah kita sendiri. Bagi yang dah takde ibu @ ayah, bila kita kahwin otomatik kita akan ada ibu @ ayah semula, walaupun cuma sebagai ibu @ ayah mertua. Lain la kalau korang kawin dengan yatim piatu. 

Macam aku, mak abah aku ada di Ipoh. Yang dekat cuma ada mak & ayah mertua. Even though tak sama kan, tapi pada diaorang la aku menumpang kasih. Bila aku rindu nak panggil mak, aku panggil la mak pada mak mertua aku. Cam tu juga dengan bapak mertua aku. [Kebetulan panggilan untuk mak & abah sama juga dengan panggilan pada  mertua aku.] Kalau ada perkara gembira pun mesti nak bagitau mak dulu [selepas suami la kan], so yang terdekat tentulah mak mertua aku yang aku cakap dulu. Pastu baru telefon mak sendiri. So kalau mak ayah korang hidup lagi & mertua hidup lagi, memang kira untung sangat sebab korang ada 2 mak & 2 ayah..

Kalau adik beradik pasangan korang ramai, makanya akan ada banyak ipar duai. Pastu mertua korang pun akan ada banyak menantu kan. So sudah tentu akan wujud perbandingan antara menantu. Menantu ini OK, menantu yang tu tak OK. Jadi kita la yang tentukan kita ni menantu yang macam mana. Macam aku walaupun aku ni selalu mengata mak mertua aku disebabkan tak puas hati & sebagainya, serasa aku tak pernah la aku melawan cakap dia, tengking dia dsb.. Paling2 aku buat bodo je.. Kadang2 aku rasa mungkin mak mertua aku ada terasa hati dengan aku. Aku & biras aku memang sentiasa diperbandingkan. Tapi aku tak ambil port pun pasal tu. Aku pun kalau boleh takmau menyusahkan mertua aku semacam mana aku tak nak menyusahkan mak abah aku.

TAPI... bila dah ada mertua komplen pasal perangai menantu... jeng..jeng..jeng... nampaknya mertua sudah ada persepsi sendiri pada menantu. Bila jadi camni kena la ambil perhatian. Ini realiti tau... dari pemerhatian sendiri & juga keluhan member2 opis yang dah ada menantu. Katanya menantu sekarang tak reti respect mertua. Balik rumah mertua jadi macam mem.. Tak menolong langsung di dapur. Asyik berkepit dengan laki 24jam. Ada jugak yang asyik memerap dalam bilik. Mertua la terkial2 masak & mengemas rumah sorang2 macam bibik. Dah le tu bila berselisih pun haram nak bertegur. Kalau makan pun haram nak pelawa mertua mahupun ipar duai yang ada kat rumah. ish...ish... camne tu??  Yang pelik tu, suami/isteri takde la pulak tegur pasangan deme tu. Lagi digalakkan melangut dalam rumah. Walhal tu mak bapak sendiri tu.. Pastu bila mertua lebihkan menantu lain, mula la nak dengki sedangkan diri sendiri tak pandai nak "pancing" mertua.

Kadang2 bila dengar cerita & komplen camtu membuatkan aku pun nak mengAUDIT diri aku. Adakah aku tergolong dalam bukan menantu pilihan. Selalunya kalau aku pegi rumah mak mertua, bila dia masak aku akan teman dia. Walaupun aku tak buat apa2, aku layan je dia bersembang. Tak pun aku tolong kemas dapur dia lepas memasak cam basuh pinggan ke, susun pinggan kat rak ke. Hasben aku pun selalu kata pegi la tolong2 mak tu kat dapur. Sambil2 tu sempat la jugak tanya resepi & belajar masak dengan dia. Kadang2 siap bergossip bagai tau!

Kalau dulu aku berpantang rumah mak mertua, habis kain baju yang dah dibasuh aku lipatkan. Takkan nak duduk goyang kaki je kan??? Nanti nampak sangat pemalasnya.. Macam biras aku laaaaagi rajin. Sebabnya dia duduk sekali dengan mak mertua aku. So sekalipun penat balik keje, kena juga dia buat keje dalam rumah tu. Tu agaknya mak mertua aku sayang sangat kat dia. Aku tak pernah jeles pun... sebab aku rasa, aku pun belum tentu mampu buat cam biras aku tu.

Selalu bila aku bertanya pada kengkawan yang dah ada menantu ni, sama ada diaorang ada tak tegur kelakuan menantu tu [sama ada secara direct @ melalui anak masing2], deme selalu cakap tak tegur pun. Sebabnya takut anak SENTAP pastu nanti anak dah tak mau balik rumah parents lak. So mak ayah ni pendam perasaan je la dengan perangai menantu. Kalau la menantu tu tahu yang mertuanya dah start komplain... Last2 ayat penyedap hati yang keluar " Lantak le... dah anak kita suka nak buat cemana??"

Hah! Panjang sungguh karangan aku hari ni.  So conclusionnya, kita tetap kena buat baik dengan mertua macam kita buat baik dengan keluarga sendiri. Ye la kan, kalau balik rumah mak sendiri, reti la pulak nak tolong masak, tolong kemas rumah @ ajak jalan2, tapi bila balik rumah mertua terus jadi cam MEM BESAR, sedangkan taraf mak mertua tu sama je dengan mak sendiri. Bila dah tak reti adab ini lah jadinya. Walaupun kerja bagus & berpangkat tinggi, menantu is always a menantu...dan akan sentiasa di nilai oleh mertua. Anak2 pulak sila la nasihatkan pasangan tu supaya pandai ambil hati mertua masing2. Jangan pandai ambil hati sebelum kawin je... lepas kahwin laaaaagi kena pandai tackle.

** Maaf kalau ada yang sentap. Aku yang dah kawin 8 tahun ni pun, masih banyak menda tak habis belajar dengan mertua sendiri. 

** Untuk menantu2 mak aku, bersyukur la sebab dapat mak & bapa mertua yang baik... pandai2 la ambik hati & jangan sampai kena komplen..hehehehe.
[Sebabnya bila sekali kena komplen, sure SENTAP punya...

** Mertua ni bukannya nak sangat anak &  menantu yang kaya raya, berpangkat besar & pandai serba serbi tapi hanya nak disayangi & dihormati.


P/S : Kalau sesape ada nak tips korang dengan mertua, sila la share kat sini.

16 comments:

  1. satu je dalm hidup kena berbalik kpd tuntutan agama n mesti ada give n take!

    ReplyDelete
  2. harus la.. kene la layan mak @ pak mertua cam mak & pak kandung kita kan.. slagi dowang masih ada di dunia, kang menyesal bile mereka takde.. buat baik la pada mereka.. cecepat kite sedar dari lamunan yg panjang, minta ampun kat dowang selagi kom terlambat...

    ReplyDelete
  3. entry sensitif ni...nieza no komen... hehehe :)

    ReplyDelete
  4. akak pun menumpang kasih ngn mak mertua je...nk ke mana2 pun....MIL akan ajak akak yg bawak...kalau en. suami ada tugas lain....hub kami dh mcm anak beranak betul...bergusip tu jgn cakap la...hehehe....

    ReplyDelete
  5. me rasa layan MIL dan FIL lebih dari mak pak sendiri. sbb mak pak kita faham perangai buruk, busuk kita. MIL dan FIL tak faham...

    selalu la tepon tanya khabar or balik melawat. bawa buah tangan. ambik tau apa kesukaan depa, buah ke, kek ke...

    sekali sekali spoil depa dgn hadiah or bawa pi bercuti.

    8 tahun kawin, me baru ngam dengan MIL dalam 3-4 tahun lepas jer... sblm tu, me cukup sombong dan perasan bagus dgn MIL.

    ReplyDelete
  6. nak sangat layan cam mak sendiri, tapi still ada gap yang memisahkan...

    tapi mil saya baik sangat, menantu je kadang2 nak jadi antu hihihihi

    ReplyDelete
  7. Kesuma Angsana,
    Betui... give & take itu penting.

    ReplyDelete
  8. Emme,
    Mertua deserve layanan cam parents juga.. Kadang2 ada yang lagi rapat dengan mertua dari parents sendiri.

    ReplyDelete
  9. Nieza,
    Kenapa sensitif lak?? Ini isu semasa bagi pasangan yang dah berkahwin.

    ReplyDelete
  10. Kak Lia,
    Kadang2 ada gak keluarga mertua yang kontrol menantu. Tak suka menantu balik jumpa mak bapak sendiri.

    ReplyDelete
  11. Nurul Aznil,
    Ok la tu kalau boleh ngam dengan mertua. Ni mesti mak mertua sayang kan??

    ReplyDelete
  12. Bunga Rose,
    Sama la kita.. baik2 gitu je. Dah 8 tahun kawin dah tahu perangai mak mertua. So pandai2 la...

    ReplyDelete
  13. Mertua sy kuat sgt komplain ada je yg salah. Sampaikan cara kacau lauk dlm periuk pun kena ikut skill dia. Bila dh mgandung n ada anak ni lagggiiii kuat komplain. Ada saja yang tak kena.. Sy sebagai ibu tentu nak terbaik untuk anak2.apa yg saya buat bersebab dan cari ilmu dan pendapat pakar dulu. Tapi mertua tak gemar nak sy ikut cara dia stail org dulu2 yg tk de ilmu ikut2an sahaja. Mula2 tu sy suka sgt nk share ilmu dan kata2 dari pakar dan doktor. Tp tetap tk terima. X kisah la sy print artikel ke share video ke semua dia tk trima. Sampai 1 tahap dia sebut malu kt org kampung nampak perut kami buncit sebab mengandung.. Alahaii salah ke mengandung ni? Sy ni mgndung tanpa suami ke? Perut besar nak tutup macam mana? Dan macam2 lagi la.. Sekarang ni sy dah malas nak cakap byk.. Dia komplain itu ini sy buat bodo je.. Lantak la.. Mak itu sombong tak suka tambah ilmu. Tak faham masalah org lain.. Dan stp kali balik mmg sy tk tlg masak pun..sibuk dgn anak2..tp sy rajin cuci pinggan n kemas rmh.. Ketika x de apa sy lebih suka trperap dlm bilik layan anak2.. Sebab apa? Malas nak dengar komplain2 dr mak mertua.. Dengan anak2 sendiri pn berperang mulut
    Dikeranakan oleh kuat komplain ni.. Lg2 sy ni menantu lg la.. Utk krgkn sakit hati kurngkn masa dgn mertua. Bila dh kurng, kurang la benda yg dia nmpk salah tu ( wlwpn btul dr segi ilmu ) jd kuranglah dia bebel maka kurng sakit hati..

    ReplyDelete
  14. No comments.. sbb i dh rasa mcm mna ad org luar dlm rumah..

    ReplyDelete
  15. Pn marhdiah..kita senasib... Smpaikn 1 tahap.. Lantakla nk komplain apa pn..aslkn xbuat bnd yg slh..

    ReplyDelete