Friday, June 15, 2012

KASIH ABAH

Semalam masa aku tengah tunggu hasben aku OT tetiba ada la satu teksi ni berenti depan kereta aku. Masa tu aku dah tunggu kat situ dalam 15 minit la. Aku ingatkan pakcik teksi tu  berenti nak kencing ke, nak beli air ke apa. Rupanya dia cam menunggu seseorang.
Kalau dah parking area sama dengan aku tu rasanya dia pun menunggu anak dia OT kot. Senasib la kita pakcik oi.... 

Sepanjang penantian tu, aku dok perati la pakcik tu. Pakcik tu dah agak tua la. Jangan pun dah terbongkok sikit. Lalu terbit rasa kesian pada pakcik tu. Muka dia pun ala2 kesian gitu. Dan2 terbit rasa sedih sebab itu la pengorbanan seorang bapa. Sanggup tunggu anak sejam lebih kat luar tu. Dah le panas. Tetiba aku teringat abah aku yang aku rasa pun ada banyak gak pengorbanan dia pada aku & adik2.

Sambil2 aku melayan MP3 kat henfon aku, aku snap la gambar pakcik tu sekeing dua. Takut gak pakcik tu perasan. Jenuh nak kaver line..hehehehe. Pakcik tu idak le duduk je dalam kereta cam aku. Aku kan sorang2 so lagi selamat kot aku duduk dalam kereta diam2. Bukak tingkap pun suku je... Tapi pakcik tu tunggu kat luar kereta. Ye la kan, kot2 dah lenguh dia duduk lama dalam teksi tu.

 Memula tu pakcik tu berdiri la kat tepi teksi dia

 Bila lenguh berdiri pakcik tu bertinggung pulak. Sambil dok kelebek teksi dia yang cam dah uzur sikit tu. Bila dah lenguh tinggung, dia berdiri balik. Itu je la dia buat 4-5 kali.

Pastu bila dah agak2 dah sampai time anak dia keluar, dia pun masuk dalam teksi. [Aku tak tau le dia perasan aku ambil gambar dia ke tidak masa ni]. Tak lama pastu anak dia pun sampai & pakcik tu pun terus blah dari situ. Yang laki aku pulak tak muncul2 lagi... Panas dah bontot aku dalam kereta tau..

Itu la kasih seorang bapa kan. Sanggup nunggu anak kerja. Cam hasben aku jugak sanggup keje pegi subuh balik malam semata2 nak cari rezeki untuk anak2. Abah aku pulak, jenuh dia melayan pelbagai kerenah anak2 dia yang macam2 ni.

Apa pun kepada semua bapa2 di luar sana 
SELAMAT HARI BAPA
You are our hero!

4 comments:

  1. Lihatlah syani walau anak sudah bekerja masih setia menunggu janji anak itu selamat. Itulah bapa.

    Selamat Hari Bapa juga buat semua yg bergelar bapa..

    ReplyDelete
  2. tat's we all bapa mithali... rindu arwah abah baca entry ni!

    ReplyDelete
  3. Sedihnyer.. Moga anak itu mhargai jasa ayahnya kan.. Tak ternilai jasa seorg ayah sggup mnunggu anaknya :)

    ReplyDelete
  4. salam

    kata org kasih ayah membawa bahagia...

    untung anak dia..hehe

    ReplyDelete