Final entry untuk Cameron Highland tahun ni. Lepas ke Cactus Valley, kitaorang balik ke apartment untuk lunch. Kami masak [mostly mak le yang masak..hehehehe] ayam masak merah & sup sayur + cendawan. Duduk tempat sejuk ni kalau dapat makan sup panas2 memang heaven la kan. Lepas lunch kitaorang rebus pulak jagung yang beli kat Kea Farm tu...
Lepas kenyang lepak2 tengok tv mata pun cam layu je. Ada yang tidur, ada yang tengok tv. Dalam kul 5 camtu kitaorang keluar balik menuju ke Pasar Malam Brinchang. Pergh... jem giler ko... Nak cari parking pun punya la susah. dah 2-3 kali tawaf pun tak jumpa jugak. Last2 adik aku serender terus balik apartment. Tinggal family aku je.. tapi dah macam tu tak jadi le ke pasar malam. Akhirnya lepak je kat pekan Tanah Rata. Beli la satay & yong tau foo untuk dinner. [Benda makan memang mahal la kat Cameron ni..] Satay sampai 70sen secucuk. Bukannya sedap sangat pun.
Aktiviti malam hanya dengan menengok tv je. Tengok la pernikahan si Schawal kat tv. Tapi bila perut kenyang, mata pun cam berat gak jadinya. Sebelum pukul 10mlm aku dah mengholoh dah..
Esoknya, pepagi lagi nak check-out. Sebab masing2 ada urusan so kena la balik awal. Kul 8.30pg dah check-out. Abah pun ada memacam hal petang tu & family aku pun nak balik Batang Kali pulak. Sebelum balik, sempat lagi singgah last minute shopping. Aku ajak adik aku singgah kat Tringkap.
Tringkap ni ala2 cam Kea Farm jugak le tapi kedai2nya kurang la sikit dari Kea Farm. Banyaknya jual sayur la. Masa kitaorang sampai tu banyak kedai baru nak buka & orang yang datang kat sini pun tak ramai lagi.
Datang awal dapat la parking dekat dengan kawasan shopping tu. Kalau lewat, jadi cam kat Kea Farm tu jugak le...
Adib posing dengan jaket baru beli semalam..
Kat Tringkap ni ikut nasib jugak le kalau dapat sayur murah2. Teh pun ada yang lagi murah harganya dari kat Kea Farm tu. Habis jugak le dekat RM100 kat sini. Kat Tringkap ni jugak ada Bee Farm & Rose Valley. Sapa yang minat tengok lebah & bunga rose boleh la singgah sini. Aku tak masuk pun Rose Valley tu sebab entrance kena bayar ma....Hehehehe.. Tapi bila survey2 kat blog orang2 yang pernah masuk situ, cam rugi la pulak aku tak masuk. Banyak bunga ros lawa2 rupanya dalam tu..
Lepas shopping kat Tringkap terus nak balik tapi aku cakap aku nak singgah satu tempat lagi. Tempat last shopping di Cameron Highland ---> AVANT CHOCOLATE. Kalau naik Simpang Pulai kedai ni la kome akan nampak dulu kat Cameron Highland. Sebab aku dah on the way balik, so ni jadi kedai terakhir la.
Saje je singgah sini nak beli coklat. Walopun takde la variety cam kat Langkawi tapi saje la tengok2 apa2 yang boleh dibawa balik sebagai ole2. Kat area sini ada 2 kedai tau, satu Avant Chocolate & satu lagi Green View Garden. Kat sini kalau ikutkan coklat agak mahal la tapi sebab dah singgah, beli la jugak sikit2. Itu pun habis duit aku dekat RM50. Tapi aku paling geram tengok Strudels Strawberry dia. [Dalam tu ada cafe tau]. Tapi malas nak nyinggah makan2 pulak sebab nak cepat kan..
Hah! Tamat dah percutian singkat aku ke Cameron Highland. Walopun sekejap tapi rasa puas hati sebab dapat spend masa dengan family aku termasuk parents & adik beradik aku [walopun tak cukup korum]. Nanti kita pegi lagi ek... Next trip nak gi mana pulak yer hadik2 ku???
dah lama tak ke CM.... last pergi thn 2009 rasanya.... nak ke sana lagi nanti...
ReplyDeleteseronoknyer boleh pergi cameron highlands...dah lama saya tak ke sana
ReplyDelete