Dah habis round Awana Porto Malai [tak habis round pun sebenarnya]
Kami patah balik ke area Pantai Cenang
Konon nak pi lunch tapi tak tahu restoran mana nak singgah
Tengok semua jenis eksklusif je.. takut nak makan takut mahal
Konon nak makan kat Restoran Nelayan kat Temoyong tu
tapi malas la pulak nak patah balik
Sonya, kami patah balik ke area Padang Matsirat
Makan dekat² airport je lah...
Masa lalu kat lapangan terbang tu, nampak la lori² yang jual laksa tepi jalan
Baru teringat yang makan laksa kat lori² tu best jugak
Orang selalu review Laksa Power la yang paling sedap
Disebabkan anak² aku nak makan Bihun Sup & aku tengok menu kat Laksa Power tu takde lak bihun sup
so kitaorang beralih ke lori yang depan sikit.
Sekali tengok memang ramai pulak yang berenti makan kat situ
So kami stop makan di situ
Kami makan kat sini ---> LAKSA PULAU
[LAKSA PULAU ni takde kena mengena dengan SELERA PULAU yang tak sedap kat belakang HIG tu tau]
Kalau tak silap aku, sepanjang jalan ni ada 3 je kawasan yang ada lori cenggini
Tempat yang kami berenti ni kat lori yang tengah² (spot no 2)
Rasanya kat sini yang paling banyak meja kot.
[Lagipun masa aku lalu kat Laksa Power tu cam takde orang pun so malas la nak berenti]
Pemandangan kat sini memang best...
Sebelah kiri laut, sebelah kanan landasan kapalterbang
angin bertiup pun best jer... sejuk duduk bawah pokok
Anak² aku order bihun sup, aku order laksa, hasben aku order cendol pulut & pasembor
Semuanya sedap especially cendol & pasembor [yang orang punya memang la sedap kan???]
Yang laksa tu kurang kick la pada aku compared dengan laksa Cik Ana belakang rumah aku
[Gambo makanan lupa la nak tangkap... lapo sangat der...]
Sementara menunggu makanan sampai, sempat la tengok kapalterbang berlepas.. Adib suka sangat la kan... berapa bijik kapalterbang dia dapat tengok kat situ..
Ni pulak pemandangan laut dari tempat kami makan... Kalau ada DSLR sure gambo lagi cun..
Nampak tak cam ada jambatan kat tengah² laut tu?? Itu la dia wave breaker a.k.a. penahan ombak
Ni clearer version of the wave beraker.. Aku pinjam gambar ni dari MYMEKAR.
Kalau tak kerana blog dia, sumpah aku pun tak tahu kewujudan wave breaker ni..
Bila dah malas nak patah balik sana sini, apa2 yg ada jer, ye syani.
ReplyDeleteMESTI BEST MAKAN TEPI LAUT...ANGIN DIA BEST JE... PENAHAN OMBAK TU UTK HALANG TSUNAMI KE
ReplyDeleteKak Cik,
ReplyDeleteTu la pasal... mkan je la kat tempat yang senang...
Munna,
ReplyDeleteRasanya la kot.. Katanya masa Tsunami hari tu tempat kat sana tak terjejas sangat..
leh g x kat wave breaker tu? jenjalan ke hehe..
ReplyDeleteoohh..wave breaker rupanya..ingatkan jambatan..aritu tengok gak..dengan rasa pelik..kemana arah jambatan tu agaknya..hehhe
ReplyDelete