Balik dari OV ingatkan nak singgah Telaga Harbour untuk tangkap gambar
Tapi cuaca mendung la pulak [ingatkan nak tangkap gambar time sunset kat situ]
So aku suruh hasben aku ikut jalan lain ... konon² nak ronda jalan yang kami tak pernah redah lagi
Kami pilih jalan nak ke Telok Datai
Sepanjang perjalanan hanya banyak lalu kawasan kampung
Cuma satu tempat je yang menarik nak singgah
tapi sebab cuaca baru lepas hujan, pantai tu pun nampak tak cantik
so hasben aku tak nak singgah.. [tak tau le kot² dia dah boring tengok laut kot]
-ini gambo pinjam dari SINI--ni pinjam pakcik google-
Cantik kan tempat ni.. Sayang tak singgah. Taman Awam Teluk Yu ni setentang dengan Kompleks Kraf Langkawi. Kompleks kraf tu pun kami tak singgah.
Kami teruskan perjalanan untuk menghabiskan minyak yang tak surut².
[Lepas cek-out motel kat Kuah, kami isi minyak RM20]
Akhirnya tembus balik ke jalan besar menuju ke Padang Matsirat.
Memandangkan jam baru pukul 6ptg, aku ajak hasben aku cari playground untuk anak² main
Tapi Adib dah terlelap pulak dalam kereta... Yaya pun dah merah² bijik mata
Masa tu aku ternampak signboard ke Beras Terbakar so aku ajak hasben aku singgah situ. Lagipun nak cari minyak gamat jugak.
Kat area Beras Terbakar ni banyak gak orang jual minyak gamat, kain batik, baju, t-shirt & souvenir. Tempat ni cam arked sikit konsepnya
Pernah ada member aku tanya kat mana area Beras Terbakar tu?
Ha, tempat beras terbakar tu tersorok sikit sebab depan² tu cam pasar pagi/malam
Bila nampak pintu gerbang ni.. masuk la kat situ
Lorong tu cam arked sikit, tapi korang kena terus jalan sampai hujung
Baru la korang akan nampak sebijik rumah yang cantik [pada aku ler]
Aku pun tak tahu rumah tu rumah sape, tapi ramai gak orang bergambar kat situ
Ha... sini la tapak kawasan beras terbakar tu
Sample beras yang terbakar tu ada dalam peti tu... Ada jugak orang sumbat duit dalam peti tu. Aku pun tak tahu apa motif depa buat camtu. Ni aku zoom sikit rupa beras yang terbako tu
Tak macam beras pun kan?? Macam pasir je..
Lepas jalan² kat situ, kami pun pi singgah ke arked tu pulak
Nak beli minyak gamat...
Ada banyak pilihan kat sini.. Pilih le mana korang berkenan --> yang pati, yang panas, yang berangin
Bak kata Pak Abas [arwah dah dia] ---> Macam-macam ada...
Nak tawar menawar pun boleh je kat sini.. tapi pandai² le
Key-chain pun berlambak² kat sini.. tapi aku tak beli pun....
Lepas jenjalan kat sini, kami tak terus balik hotel tapi pi cari makan malam
Tapi sebab badan letih, so aku suggest hasben aku beli & tapau bawak balik bilik je la
Lagipun aku dah malas nak keluar balik malam tu
Tapi tak nak makan berat² so kitaorang decide beli Oblong je...
[Makan lambat pun tak per sebab kat bilik ada microwave untuk panaskan]
Pas beli dinner, terus zassss balik resort... nak mandi & lepak² kat balcony sambil ngadap laut ambil angin malam... Syok!!!
gi langkawi harus rembat gamat kan..
ReplyDeletebestnyer...tak sabar nak singgah Langkawi disember nanti :)
ReplyDeletesaya pernah semata-mata turun kete sbb nak amik gambar kat taman awam teluk yu ni.. tempat memang cantik sgt dengan laut dan awan membiru.. tapi time tu cuaca panas sgt.. tak leh lama2 kat situ...
ReplyDeletex sabar jalan2...
ReplyDelete