Monday, October 10, 2011

TIPS UNTUK ISTERI YANG BERMADU

Ehem..ehem... 
First of all, entry ni takde kena mengena dengan aku setakat ni
[Kalau boleh na'uzubillah le]

Ekceli aku baru je khatam buku KENAPA PILIH SUAMI ORANG
Dan ada juga antara pembaca blog ni minta aku share tips2 dalam tu

Dah tajuk buku tu cenggitu, tentulah penulis tu mengupas sebab musabab kenapa ada pompuan yang suka pilih suami orang untuk dijadikan suami sendiri. 2 sebab utama - CINTA & HARTA.

Katanya lelaki yang bergelar suami orang ni lebih caring, lebih penyabar & pandai melayan pompuan. Ye la kan, dah ada experience melayan bini. Tu yang pompuan2 especially anak2 dara suka sangat kat laki orang. Kalau yang kaya, lagi la depa suka kan. Dah le dapat cinta, harta pun dapat. 

Buku ni ada 11 bab. Tapi aku nak citer satu bab je sebagai renungan bersama. 
 Ini aku malas nak citer ha... Sape yang teringin nak jadi bini kedua, dipersilakan mendapatkan buku ini di kedai2 buku berhampiran..

Ha,bab ini la yang aku nak citer.. Bab 9. 

Hanya untuk isteri pertama sahaja ye. Kalau anda isteri kedua, ketiga & keempat, takde maknanya sebab yang 2-3-4 itu adalah sama golongan. [Golongan perampas suami orang] ---> jahat tak mulut aku??

1. Jangan sesekali mengaku kalah dengan meminta CERAI dari suami.
[Don't ever² mintak ceraikan aku..ceraikan aku.. dari suami. Sebaiknya kita redha & terima qada' & qadar Allah dengan hati yang ikhlas. Cuba juga hindari perasaan cemburu, dendam & dengki kepada suami & isteri keduanya. Perbanyakkan amalan yang menguntungkan diri sendiri & sempurnakan tanggungjawab sebagai isteri & ibu sebaik mungkin]

2. Jangan buang masa dengan memikirkan nasib diri anda yang malang kerana dimadukan. Memang pedih kerana bukan lagi menjadi tumpuan suami 100% tetapi  kena cuba sesuaikan keadaan. Menangislah sepuas2nya kerana air mata sahaja yang dapat membasuh luka di hati. Cari seorang teman yang dipercayai untuk meluahkan perasaan. Jangan dengar hasutan sebaliknya dengarlah nasihat mereka. Cuba slow talk dengan suami kenapa dia berkahwin lain. Jika disebabkan kelemahan diri kita, cuba perbaikinya. Jangan memberontak kerana ia akan memburukkan keadaan. Jangan minta cerai & fikir apa yang akan berlaku jika anda jadi janda.

3.Berikan "tempoh percubaan" kepada diri anda & suami. Lihat sama ada suami adil atau tidak. Dalam masa yang sama cuba perbaiki diri & sikap. Berikan perhatian sesempurna mungkin kepada suami setiap kali suami pulang ke rumah anda.

4. Jangan ajar anak membenci ayahnya. Jika anak sudah besar jelaskan situasi sebenar kepada anak. Jika anak masih kecil,beritahulah yang ayahnya sibuk bekerja [jika tidak pulang ke rumah]. Jika anak rindukan ayahnya, beritahulah suami supaya kerap menemui anak yang masih kecil itu.

5. Belajar jadi seorang yang rasional & tidak mudah bertindak tanpa batasan. Tahu hak & tanggungjawab seorang isteri. Jangan keluar rumah tanpa izin suami selagi anda masih isterinya..

6. Jangan bercerita buruk tentang suami kepada sesiapa pun. Rahsia perkahwinan adalah rahsia peribadi anda.

7. Jadilah seorang isteri yang wajahnya kelihatan berseri2 dan menampakkan raut wajah yang ceria sekalipun di hati tersimpan kesedihan.

8. Penuhi masa yang terluang ketika ketiadaan suami dengan aktiviti yang mendatangkan kebaikan diri anda sendiri. Misalnya mencampuri akiviti² keagamaan bersama anak². Lagipun anda dapat juga masa untuk diri anda sendiri.

9. Jangan sesekali bergaul dengan lelaki terlalu rapat sekalipun di tempat kerja. Dikhuatiri akan tercerita tentang masalah rumahtangga & mengelakkan mereka mengambil kesempatan terhadap diri anda. Lagipun berdosa jika menduakan suami.

10. Belajar berbaik2 dengan madu anda. Tunjukkan sikap yang baik & bertolak ansur.

11. Jangan memburuk²kan madu anda. Memburukkan madu anda sama seperti memburukkan suami sendiri. 

Last but not least, aku tertarik juga dengan perenggan terakhir dalam bab ni:


Aku hanya menyampaikan apa yang terkandung dalam buku ini, bukan dari pengalaman aku sendiri. Aku pun belum tentu boleh amalkan tips ni kalau betul² ditakdirkan aku bermadu. Tapi bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan???


** Pesanan buat suamiku --> kalau takde masalah, buat apa cari masalah...

No comments:

Post a Comment