Friday, July 15, 2011

RENTETAN MALAM JEMAAT

Assalamualaikum:)) ---> starting ala2 ostajah laks

Tengah rancak berfb bagai
tetiba ada yang hantar satu artikel pada aku
terasa nak share la pulak even perkara ni mungkin agak2 sensitif

Sapa nak tahu teruskan membaca
sapa yang malu boleh laju2 klik keluar dari sini segera




LELAKI MALAYSIA JAHIL TENTANG SEKS

Marah ada, kecil hati pun ada. Kejantanan seperti tercabar. Berumah tangga sejak usia 20-an, sekarang sudah beruban, isteri sudah dua, anak hampir sedozen, bini ketiga sedang dirisik, tiba-tiba dikatakan tidak pandai melayan pasangan. Lelaki mana tidak naik darah apabila kejantanan mereka dipertikaikan. Mereka dituduh tidak reti melakukan hubungan seks.
“Ramai yang anggap teknik mereka berkesan, tetapi hakikatnya tiada buku panduan tepat dalam hubungan seks kerana ia terikat dengan pelbagai faktor. Selain setiap individu mempunyai titik kepuasan tersendiri, faktor kesihatan juga memainkan peranan utama,” ujar Profesor Madya Dr. Shamsul Bahri Ismail.

Secara klinikal ramai lelaki Malaysia tidak mengetahui teknik sebenar semasa bersama pasangan masing-masing. Mereka mengabaikan aspek kemesraan sewaktu memulakan hubungan seks menyebabkan pasangannya bosan lantas mengakibatkan masalah kedinginan hubungan seksual.
Laporan akhbar Kosmo itu memang mencabar kewibawaan ramai lelaki. Teknik atas ranjang itu penting. Teknik yang sama membosankan pasangan. Oleh itu, lelaki yang bergelar suami mesti belajar teknik-teknik yang betul yang dapat memuaskan isteri. Setakat main tindih seperti berenang kuak dada, biar lamanya berjam-jam, kalau tekniknya tak kena, caranya sumbang, kisar punggung isteri tidak berentak, geliat badan isteri tidak berlagu.
Teknik memang ada pelbagai, tetapi sama ada si suami pandai menggunakannya, tidak pasti. Teknik yang betul seperti dikatakan Dr. Shamsul tentulah bukan teknik konvensional yang diguna pakai sejak dahulu kala. Teknik itu hanya berjaya memproses anak, tetapi gagal menghantar isteri ke syurga dunia. Teknik usang sesuai dengan isteri usang. Isteri baru mendambakan teknik baru lagi canggih; teknik IT katakan.
Teknik lama kalau kena dengan cara dan keadaan masih mampu mengerangkan isteri. Malam ini melentang, malam esok meniarap, lusa cuba menonggeng. Cuba angkat kaki, angkat tangan atau tukar posisi. Benda lama terasa seperti baru. Tetapi jangan sampai terkeluar tabii. Berdosa, kata ustaz.
Kata Dr. Shamsul Bahri Ismail mukadimah itu penting. Main serbu buta tanpa memberi salam terlebih dahulu tidak sopan. Pendekar terbilang sekali pun mesti membuka pencak silat dahulu barulah menikam. Kisah atas ranjang juga serupa, mula dengan mukadimah yang hebat, belaian kasih, cumbuan sayang. Kemuncak didaki ditakluki bersama. Oleh itu, lelaki harus ada teknik dan kemahiran. Kata Sang Kasavova, wanita suka lelaki pandai bercumbu; menciumnya dari dahi sampai ke hujung kaki.
Teknik dan kemahiran tidak datang bergolek. Teknik harus dipelajari. Kemahiran harus dipraktiskan. Itulah masalahnya. Usia bukan muda lagi, malu rasanya kalau terpaksa berkursus di klinik dengan pakar yang jauh lebih muda. Kalau terus dengan teknik lama yang usang, takut juga isteri bosan, terutamanya yang muda. Perempuan zaman sekarang tak boleh percaya sangat, kalau bosan memanjang, dia akan cari makan di luar. Tambah-tambah kalau ada Bangla atau Indon yang sedia memberinya makan.
Nampaknya para suami kena rajin melawat Pasar Malam cari VCD lucah. Dalam VCD ditunjukkan pelbagai teknik canggih, sesuai benar untuk dipelajari. Masalahnya hendak tengok masa mana. Anak ramai, ada lelaki dan perempuan. Tidak elok menonton benda maksiat itu di depan anak-anak. Menonton dalam bilik sama isteri? Hish, mana boleh bagi isteri tahu kita hendak belajar teknik-teknik berkelamin. Malu kita dibuatnya. Lagipun tak suspens pula. Nampaknya pertolongan daripada kawan yang masih bujang terpaksa diminta. Sesama lelaki kurang sikit malunya.
Isteri pun satu hal. Kalau sudah tahu suami tidak pandai, tolaknya tidak sedap, tariknya membosankan, beritahulah kepada suami. Kenapa hendak malu-malu. Malu biar bertempat. Perkara sepenting begini tidak boleh malu. Suami tak akan tahu kalau isteri tak beritahu pendekatan bagaimana paling selera, paling memuaskan. Tidak usah segan-segan. Bisik perlahan-lahan ke telinga suami, hendak guna gear rendah atau gear tinggi; selaju Proton Saga atau sepantas Ferrari. Bisikkan, tak usah segan silu. Dunia hanya kita berdua yang berpunya ketika itu. Kalau suami laju sangat, minta dia tunggu. Dia sayang kepada kita, dia pun mahu kita merasa kemuncaknya. Itulah kebahagiaan suami isteri apabila kedua-dua mencapai klimaks.
Dalam hal ini, kekadang suami terlalu gopoh, ego dan pentingkan diri. Dia meninggalkan isteri di belakang tanpa mengira perasaannya. Masalah ego ini masalah besar. Masalah yang menyebabkan isteri tawar hati hendak bersama suami. Semua isteri tidak mahu dibiarkan tersangkut di pertengahan jalan. Oleh itu, timbang rasa, adil dan saksama bukan sekadar dalam politik, dalam keluarga juga amat diperlukan.
Teknik yang baik dan pelbagai belum cukup. Kekuatan dan daya tahan mesti ada. Belajar berjinak-jinak dengan Tongkat Ali atau Kopi Jantan. Kacip Fatimah tidak usah dilupakan kerana khasiatnya dapat membantu.
Hari-hari Tongkat Ali, hari-hari Kopi Jantan tidak larat juga. Kesihatan harus dijaga. Senaman lakukan selalu. Kesihatan berkaitan rapat dengan senjata lelaki. Semangat berkobar-kobar, tetapi senjata tidak berfungsi, tidak membantu apa-apa. Jangan biarkan senjata lembek seperti terung rebus kerana akan membunuh perasaan isteri. Sepuluh kali gagal dalam peperiksaan tidak sesakit hati sekali gagal dalam perjalanan ke puncak berahi. Kecewa kerana tidak mendapat kepuasan nafsu terasa seperti hendak melarikan diri dari rumah. Para suami jangan pandang ringan hal ini.
Isteri juga mesti bertimbang rasa. Walaupun tiada selera, kalau suami mahu kena layan. Jangan tutup pintu syurga kerana hal ini. Tetapi layanan ala kadar, berbaring bagai ketul kayu boleh membunuh selera suami.

Masalah seksual masalah sejagat. Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, Yang Berhormat dan yang tidak berhormat mempunyai masalah yang sama. Oleh itu, tidak usah segan silu pergi mencari pakar berkaitan agar masalah tersebut tidak berlanjutan sehingga membunuh selera pasangan masing-masing.



*** Aku suka gaya penulis ni bercerita. Sempoi! [Sure penulis ni orang lelaki kan]
*** Isteri selalunya segan nak cakap pada suami akan kelemahan suami sebab takut jatuh ego suami. Akhirnya pendam lagi baik dari berbincang. Korang rasa cemana???


No comments:

Post a Comment