Thursday, March 24, 2011

10 PERKARA YANG BUAT WANITA BENCI LELAKI

Wanita ni adalah makhluk yang sangat lemah tau. Tapi selemah2 wanita, bila dia keras hati, memang susah nak dilembutkan balik. Jadi kaum2 lelaki jangan buat sampai wanita jadi keras tegar... nanti kamu yang rugi..

-gambo pinjam pokcik Google-

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah korang dikurniakan suara yang "macho" tapi hanco, tapi kalau nak meninggikan suara sekadar nak tunjuk ego, nak tunjuk power, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah sangat meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA / CURANG
Ini masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih/tunang/isteri, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa pedulikan perasaan pasangannya. Sorry ye kaum lelaki, women cannot tolerate dengan mistake yang serupa ini..


3. MENGONGKONG
Sikit2 nak kontrol, itu tak boleh, ini tak boleh. Semua gerak geri pasangan dikawal, sampaikan nak berpakaian dan makan pun dia nak tentukan. Kalau nak ke mana2 pun kena buat laporan berkala, kalau tak tercetuslah pertengkaran kerana hal remeh temeh tu. Tapi, kalau pasangan mereka pulak yang soal siasat aktiviti mereka, tahu pulak nak melenting. Tak aci kan??

4. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu atau memberikan alasan yang tak munasabah. Susah sangat ke nak berterus terang?? Tahu tak bahawa kaum wanita lebih menghormati lelaki yang memiliki sifat berterus terang. Sifat menipu dan suka berdolak dalih ni lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.. CIS!! DASAR PENIPU!!

5. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka pentingkan kemahuan mereka sendiri berbanding kemahuan pasangannya. Kalau nak seronok, seronok sorang2 sedangkan pasangan langsung tak rasa seronok.Tak aci!!!!

6. KAKI MEROKOK
Sifat yang sangat melemaskan wanita okeh.. Pegi mana2 asyik bau rokok je.. Kalau bau rokok tu harum cam bau perfume takpe la jugak. Asal lelaki bukak mulut je bau rokok.. Tu belum tengok gigi  ngan bibir mereka lagi.. Kadang2 sampai naik geli.

7. PENGOTOR
Especially kalau suka meludah dan buang kahak merata2.  Muka hensem tapi kalau perangai ini macam, memang FAIL la korang. Itu baru penjagaan diri, belum lagi tengok rumah depa. Silap2 haribulan spender pun cuci setahun sekali je... Naya la kalau dapat laki camni.

8. PANAS BARAN
Masalah utama zaman sekarang. Sikit2 melenting, sikit2 penampo. Hilang respek kat lelaki yang tak reti nak kontrol amarah. Patutnya bila dah nak marah tu, istighfar le, ambil wuduk ke. Ini pi tengking la, tumbuk, terajang, usah citer. Tunjuk terer sangat le tu... Tahu tak orang yang paling kuat ialah orang yang boleh kawal kemarahannya..


9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadang2 suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tapi kalau urusan diri sendiri cepat pulak nak selesaikan, macam le esok dah takde. Tapi kalau berkaitan pasangan buat dek je.. Itu le sebabnya pasangan cepat beralih arah... wanita sukakan perhatian okeh.. Wanita suka bermanja dan dimanjakan.. Itu kan fitrah.. [Sedih gak kan kalau pasangan tak perasan pun yang wanita tengah merajuk]

10. SUKA AMBIL KESEMPATAN
Lelaki camni memang banyak zaman sekarang ni. Baik ambil kesempatan atas fizikal mahupun mental. Tang ambil kesempatan fizikal memang ramai, baru first time dating nak nak pegang2, raba2, cium2.  Lagi satu kalau wanita berpendapatan lebih besar, mula la banyak songeh, minta belikan itu, belikan ini. Nak top up henpon pun mintak duit bini. Nak2 pulak kalau bini jenis independant, memang si suami suka sangat lepas tangan. Mana tanggungjawab sebagai suami ni??

Ini antara top 10 perangai lelaki yang amat2 tidak disukai oleh kebanyakan wanita [especially aku]. Kot2 korang [lelaki] yang ade perangai cenggini, please la jauhkan diri dari aku... Don't like!!!

Tapi ade 2-3 perkara ada pada en suami, so kena la redho seredhonya... Tapi still berdoa dia akan berubah.. AMIN!!!


** Ada banyak lagi sifat lelaki yang pompuan2 tak gemar. Korang boleh cekidaut kat SINI

4 comments:

  1. sama la syani... yana pun tetap berdoa akan ada sinar perubahan...

    ReplyDelete
  2. satu lagi..cik pah tak suker lelaki yg kedekut dan terlalu berkira.. haih..

    ReplyDelete
  3. Mama maman,
    Sama2 kita berdoa yer..

    ReplyDelete