Monday, February 7, 2011

Kampung Halamanku..

Lamanya tak hapdet blog ni.. Kalau seminggu cuti, seminggu jugak le tak berblog. Ni pun gara2 cuti raya cina, blog aku pun kena cuti jugak le.. Sebok nak sambut Gong Xi Fa Cai...

Uols semua ke mana masa cuti CNY ni? Aku ni melepas rindu kat mak aku. So aku balik Ipoh ler... mana lagi bondaku berada.. Petang raya Cina tu kitaorang pun bergerak pulang ke Ipoh. Esoknya pulak mak aku ajak balik ke rumah Wan aku kat Pantai Remis. Memang dah lama tak balik pun. Last kitaorang singgah Pantai Remis pun masa raya tahun lepas.

Semenjak Wan aku kawin lain ni, rumah lama ni memang terbiar jer. Sesekali ade la yang datang bersihkan apa yang patut. Wan aku dah pindah duk rumah bini baru dia. Sebenarnya rumah nenek baru aku tu takle jauh mana pun dengan rumah arwah nenek aku ni. Maybe Wan aku ni nak consentrate dengan kehidupan baru dia kot.
Ni la rumah arwah nenek aku... Bahagian atas tu dah agak uzur dah tapi kitaorang suka tidur kat tingkat atas sebab malam2 sejuk..

Bahagian tepi rumah yang dah naik lalang...

Perigi kontang ni pun masih ada.. cuma airnya tak kontang lagi.. Dulu2 kalau air paip takde, kat telaga ni kitaorang mandi..Aku ni kalau ikutkan fobia nak cedok air telaga sebab aku takut nanti aku jatuh dalam tu pastu takleh naik.. Tak pasal aku arwah dalam telaga..[tapi setakat ni  aku tak pernah le jatuh telaga lagi]

Pemandangan depan rumah arwah nenek aku. Depan ni memang jalan besar so kalau budak2 melintas memang kena temankan. Kereta pulak laju2 tak hingat punya. Kalau lori besar2 yang lalu, boleh bergegar rumah arwah nenek aku ni tau.

Lupa lak nak habo, tujuan aku balik kampung ni sebab mak sedara aku ade buat akikah untuk anak2 dia.Ok la tu kan.. kalau tak sebab nak hadir kenduri, sure tak balik kampung jumpa Wan aku.

No comments:

Post a Comment