Hari ni genap seminggu lepas aku kena ciken pox. Banyak dah yang kering tapi ade jugak lagi yang belum kering sepenuhnya. Dah seminggu MC dan berelax2 kat rumah, malasnya nak pi keje hari ni.
Walopun aku kena kuarantin kat rumah, sampaikan takleh nak tidur peluk2 dengan laki & anak2, tapi tah cemana berjangkit juga penyakit aku kat anak aku. Selepas 3 hari aku kena ciken pox, Adib pulak menunjukkan tanda terjangkit. Hasben aku so far tak kena, maybe sebab dia dah pernah kena dulu2. Yaya pulak macam ada tanda kena ciken pox tapi tak seteruk Adib.
Masa ni second day mamat ni kena ciken pox. Masih boleh tersenyum riang sebab ciken pox dia sikit & kecik2 jer.
4th day pulak.. semakin banyak memenuhi badan dia.. Memerap sepanjang hari. Sian dia..
Tengok la dia punya lintik2 (bintik2). Besar2 pulak tu.. Sian sungguh. Aku punya pun tak macam dia. Kalau usap kepala dia kan, menggerutu2, takde langsung ruang yang rata.
Gambar ni snap petang semalam. Sian tengok dia tidur. Nampak sangat tak selesa sebab badan gatal. Tapi mujurnya dia ni tak kuat menggaru. Kalau selak baju dia ni, berbintik2 air tu penuh depan belakang. Kiranya dia punya ciken pox la yang paling teruk. Dah 5 hari berturut2 bagi dia minum air kelapa.
Hari ni tak tau la cemana dia kat rumah babysitter. Semoga Adib cepat2 beransur pulih. Kesian sungguh tengok rupa dia..Kesian anak mama..
MAKIN TERUK...
ReplyDeleteAPA2 PON TAKE CARE & SELALU LTK UBAT...
SMOGA CPT SEMBUH
alahai siannya Adib.. teringat masa munna kena ti me anak dara dulu berjangkit ke adik munna yg lagi 2 org tu dan anak buah sekali
ReplyDelete