Jumaat lepas, balik aje dari keje terus singgah kedai tayar kat Batang Kali. Malas nak tukar tayar jauh2 dari rumah sebab kalau apa2 hal senang nak gi balik kedai tu. Memandangkan kereta hasben aku ni akan berjalan sekurang2nya 100km sehari, so tayar memang cepat botak la. Dah 2X gi servis, budak EON tu suh gi tukar tayar.
So bila dah lama2, benang tayar pun dah nampak, nak tak nak kena la tukar yang baru. Memula cadang nak tukar 2 bijik je tapi hasben aku cakap dah alang2 tukar baik tukar semua.Sib baik la pakai rim standard so tayar tak le mahal sangat. Sebijik dalam RM110 je. Bila cina tu buka tayar lama memang nampak semua dah hampir botak.
Siap sedia untuk dibuka tayar kereta
Tayar depan sudah cabut
Rim sudah dipasang dengan tayar baru..
[ralit tau tengok depa buat kerja..]
Sementara tunggu nak ganti tayar tu aku sempat lagi baca paper kat situ. Walaupun kedai cina, tapi still provide paper Utusan. Dalam dok selak2 paper tu ternampak gambar si CT Nurhaliza ni. Korang perasan tak dia ni makin hari makin nampak cam makcik2 walhal umur dia sebaya je dengan aku.. [muda lagi...]
Ni tengah cek pressure tayar yang baru dipasang.
Ni plak nak cek balancing & allignment.
Depa ni pandai tu la kan, memula asal nak tukar tayar, pastu dia cakap kena tukar itu la, tukar ini la. Dari harga asal RM400++ dah naik jadi RM500++. [Sib baik ade cik kad gores & menang... nak harap cash memang nan hado la.. gaji tak dapek lagi!!!]
Ni la benda2 yang buat mata laki aku kelabu asap.
Dalam duk sibuk depa menukar tayar, sempat lagi cina tu tanya bila nak tukar sport rim. Sib baik la laki aku cakap nanti. Kalau dia kata sekarang pun boleh memang nak kena pelangkung la tu... Udah2 le tu bang duk menghabiskan duit kat benda alah ni....
No comments:
Post a Comment