Malam selepas balik dari KFC tu, Yaya ok lagi. Siap main dengan Adib sampai nak tidur. [Sebab dapat mainan Doraemon dari set Chicky Meal tu].
Tetiba tengah malam tu Yaya menangis cakap dia sakit perut. Aku pun tepuk2 perut dia. Bunyi pun dah lain macam, sah le dia kembung perut. Aku pun ambik minyak afiat sapu la kat perut dia sambil urut2. Lama jugak la sampai dia terlelap balik. Waktu tu aku pikir jugak apa yang sebabkan dia kembung. Kat KFC tadi dia hanya makan nugget 2 ketul & minum milo ais. Sebab milo tu ke dia jadi gitu ha???
Tak lama pastu dia terjaga balik. Nangis lagi siap kata dia nak muntah. Aku bawak dia gi toilet [aku takde besen muntah macam Mencah tau Rehan!]. Kat toilet tu apa lagi selambak la dia muntah. Abis keluar semua Milo yang dia minum. Lepas2 tu ade la lagi 2-3 kali dia muntah.
Pagi esoknya [semalam la kiranya], aku tengok dia cam tak berapa bermaya. Macam badan tak sihat [maybe sebab perut meragam kot!]. So lepas mandi aku bagi dia makan Cortal. Sebelum mandi pun dia ade gak muntah sekali dua. Memula ok, makan pun masih tak berselera. So tengahhari aku masak nasi & buatkan sup untuk dia. Dia makan ade la dalam 2-3 sudu jer. Selebihnya minum air masak. Susu langsung tak nak. Tak sampai sejam, muntah lagi.. abis semua nasi keluar.
Lepas tu dia duduk jap kat sofa. Lepas tu dia baring, tidur. Petang dalam lepas Asar tu, dia bangun gi muntah lagi. Kali ni bukan nasi yang keluar. Hanya air pastu ade DARAH sikit. Cuak gak aku nampak darah tu. Risau la kan apa la penyakit anak aku. Lepas muntah, aku mandikan dia & bagi dia makan biskut pastu bagi dia makan ubat demam. Sampai malam ok la dia. Aku suapkan dia nasi sikit, dia makan la suku mangkuk. Pastu aku suh dia rest.
Lepas Isyak. Cik Besah telepon aku. Katanya dia nak bawak anak buah aku gi rumah Pak Lang kat Selayang. Kebetulan anak buah aku tu pun demam & muntah2 jugak. Macam kembar tau si Aleeya ngan si Syahir tu. Kalau sorang demam, sure lagi sorang pun akan demam jugak. Dah alang2 depa nak pi sana, aku pun folo la sekali. Bukan nak buat apa pun, nak mintak air penawar untuk demam budak2 tu.
Kat rumah Pak Lang tu pun, si Yaya ade muntah sekali. Pun ade darah sikit. Lepas balik rumah, aku pun google la sebab musabab anak boleh muntah keluar darah. Ade satu artikel kat infosihat.com katanya keluar darah tu mungkin disebabkan kecederaan pada esofagus sebab kekerapan muntah tu. So aku pantau la dulu si Yaya untuk satu malam lagi. Kalau dia dah tak muntah2 ok la, tapi kalau muntah lagi, kena gi klinik lagi la jawabnya!
** Kat rumah Pak Lang tu sempat lagi aku suh dia tengokkan kaki aku yang sakit tu. Dah berurut banyak kali pun tak hilang2 sakitnya. Katanya kaki aku kena sempuk dengan benda halus kat rumah aku sendiri!. Dia sapu la air2 kat kaki aku ni. Alhamdulillah kurang la sikit.
No comments:
Post a Comment