Sebenarnya amatlah mudah untuk kita menjadi seorang Muslim. Kan Islam itu mudah , namun kita sendiri yang menyukarkannya. Cuba kita renung2kan sejenak:
- Anda perlukan cuma 5 minit untuk solat Subuh, sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam untuk bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar.
- Anda cuma perlukan 2 saat untuk memberi salam kepada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan, sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut.
- Anda hanya perlu 5 minit untuk pakai tudung atau jilbab, sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut.
- Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan solat Zohor, sedangkan makan tengahari selama 1 jam.
- Anda hanya perlukan 15minit untuk solat Asar berjemaah, tatapi anda luangkan masa bergayut di telefon selama 2 jam.
- Anda hanya perlukan 15 minit untuk membaca Al-Quran, tetapi tidak selama anda menonton TV dan CD.
- Solat Maghrib hanya 7 minit tapi drama cina di TV 1 jam.
- Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan kasih kepada ibu bapa atau rakan-rakan sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit.
- Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadis Rasulullah SAW walhal anda sanggup menatap majalah atau surat khabar selama 60 minit.
- Anda hanya perlukan 20 minit untuk solat Isyak sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap tidur atau menonton wayang lewat malam.
- Anda hanya perlukan 2 saat untuk kalimah syukur, tetapi perlukan 3 minit untuk habis menyanyi sebuah lagu.
Renungkanlah... berapa banyak waktu dihabiskan untuk urusan duniawi berbanding urusan ukhrawi...
Astaghfirullahal 'azim!!!
tq di atas info ini...akan berusaha untuk menjadi hamba yang beriman padaNYa...
ReplyDelete