"Kakak tak nak kawan dengan adik, adik jahat.".
Itu la kata2 si Yaya each time dia gaduh dengan si Adib. Nak tergelak pun ade. Kalau dia cakap camtu si Adib pun mulalah melalak sebab kakak tak nak kawan dengan dia.
Satu hari tah cemana depa main joget2 depan tv, tetiba depa bergaduh. Si adik pukul kakak, kakak pukul si adik. Tah cemana si Adib pukul si Yaya kuat2. Melalak si Yaya, teresak-esak. Pastu mengadu kat aku.
" Mama, Ya tak nak adik tu [sambil tunjuk pada Adib]. Ya nak adik lain"
Bukan sekali tau, berkali2 sampai nak tidur pun cakap lagi.
"Kenapa Ya nak adik lain??"
"Adik tu suka buat Ya"
"Kalau adik baru pun suka buat Ya macam Adib?"
"Mama bagi adik baru lagi"
[letih la aku nak beranak aje kejenya sampai dia jumpa adik idaman.]
"Mama, Ya nak adik baru"
Dah penat nak jawab soalan dia, last2 aku cakap, 'Pi tanya abah!'
'Kenapa nak tanya abah? Kan ke mama yang ngandung?"
"Abah bagi kat mama baby baru mama boleh mengandung sebab baby tu ada kat abah"
[ye la kan, mana boleh buat baby sengsorang, sorang kena give sorang lagi kena la take, kan?? kan??]
Lepas dia tanya abah dia, aku pun diam2 pi tanya kat Yaya apa abah dia cakap
Ya cakap , "abah kata OK..."
** Abang, anak sudah minta adik.. ade can tak mengandung lagi tahun depan????
hahahahha!! lucu dan comel :)
ReplyDeleteahahaha..........OK tu syani....petanda baik tuh...ehem2..heeee
ReplyDelete